Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

337) POLIGAMI TANPA KEBENARAN MAHKAMAH MENURUT SEKSYEN 124 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan permohonan untuk berpoligami yang didaftarkan , dibenarkan dan ditolak dalam dari tahun 2018 sehingga Jun 2024.

    Berikut adalah jumlah pendaftaran bagi kes permohonan poligami berdasarkan seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri        Selangor 2003 (Poligami) dari tahun 2018 hingga Jun 2024.

    Tahun Jumlah Pendaftaran Status
    Lulus Tolak Tarik Balik Buang/Batal Dalam Prosiding
    2018 251 172 7 32 40 0
    2019 231 150 3 42 36 0
    2020 185 113 3 32 37 0
    2021 203 119 11 39 34 0
    2022 246 118 14 55 59 0
    2023 158 75 6 27 18 32
    2024

    (Setakat 21 Jun 2024)

    60 12 0 2 0 46
    JUMLAH 1334 759 44 229 224 78
  2. Nyatakan bilangan permohonan pendaftaran poligami tanpa kebenaran, bilangan pendakwaan yang sedang berjalan atau telah selesai sama ada disabitkan atau tidak antara tahun 2018 sehingga Jun 2024.

    Berdasarkan semakan yang dibuat ke atas data dalam sistem E-Syariah, berikut adalah jumlah pendaftaran bagi kes pemohonan pendaftaran poligami tanpa kebenaran dari tahun 2018 hingga Jun 2024.

     

    Tahun Jumlah Pendaftaran
    2018 614
    2019 633
    2020 396
    2021 270
    2022 334
    2023 262
    2024 (sehingga 21 Jun 2024) 105
    JUMLAH 2614

     

    Sejak tahun 2018 sehingga Jun 2024, jumlah kes poligami tanpa kebenaran       yang diteruskan prosiding pendakwaan di seluruh Mahkamah Syariah di Negeri Selangor adalah sebanyak 1555 kes. Jumlah ini merangkumi kes yang didaftarkan di Mahkamah Rendah Syariah seluruh Negeri Selangor.

     

    Secara ringkasnya, pecahan kes mengikut tahun didaftarkan adalah         sebanyak 405 kes pada tahun 2018 , 168 kes pada tahun 2019 , 245 kes pada tahun 2020 , tiada kes yang didaftarkan pada tahun 2021 berikutan     Perintah Kawalan Pergerakan. Sebanyak 188 kes pada tahun 2022, 443 kes    pada tahun 2023 dan sehingga Jun 2024 adalah sebanyak 126 kes. Secara      keseluruhannya, jumlah kes poligami tanpa kebenaran yang didaftarkan    bermula tahun 2018 sehingga Jun 2024 adalah sebanyak 1575 kes. Jumlah       kes yang telah selesai sepanjang tahun 2018 sehingga Jun 2024 adalah         sebanyak 1250 kes.

  3. Bagi kes-kes poligami tanpa kebenaran yang disabitkan , apakah statistik hukuman yang dikenakan ke atas Defendan samaada denda, penjara atau kedua-duanya?

    Sejak tahun 2018 sehingga Jun 2024, statistik hukuman yang dikenakan ke atas Defendan bagi kesalahan poligami tanpa kebenaran merangkumi hukuman denda atau penjara adalah sebanyak 394 kes. Bagi hukuman denda atau penjara dan penjara adalah sebanyak 8 kes. Pada tahun 2019, statistik hukuman denda atau penjara adalah sebanyak 136 kes. Bagi hukuman denda atau penjara dan penjara adalah sebanyak 2 kes. Pada tahun 2020, hukuman denda atau penjara adalah sebanyak 239 kes dan hukuman denda atau penjara dan penjara adalah sebanyak 4 kes. Pada tahun 2021, tiada prosiding kes yang dijalankan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

    Pada tahun 2022, hukuman denda atau penjara adalah sebanyak 195 kes Pada tahun 2023, hukuman denda atau penjara adalah sebanyak 193 kes, manakala hukuman bagi denda atau penjara dan penjara adalah sebanyak 2 kes sahaja. Bagi tahun 2024 sehingga bulan Jun, hukuman denda atau penjara  adalah sebanyak 52 kes manakala hukuman penjara atau denda dan penjara tiada hukuman yang dikenakan ke atas Defendan setakat ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.