Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

5) POLENS (M) SDN BHD

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Syarikat Polens (M) Sdn Bhd menumpukan bidang perniagaan produk-produk makanan. Apakah jenis produk makanan dan jenama yang dihasilkan?

    Jenis produk makanan dan jenama yang dihasilkan adalah :

    Latar Belakang

    POLENS (M) Sdn. Bhd. (PSB) telah ditubuhkan pada 1993 dan merupakan sebuah syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.

    Aktiviti perniagaan PSB tertumpu kepada:

    • Mengeluarkan produk jenama sendiri, iaitu “POLENS”, yang berkualiti tinggi untuk pasaran
    • Menyediakan perkhidmatan pengilangan dan pembungkusan produk pelanggan di bawah konsep Pengilangan
    • Membantu usahawan-usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) makanan dalam membangunkan (develop) produk mereka dan mendapatkan pensijilan

    Jenama Produk Yang Dihasilkan

     Jenama produk-produk keluaran PSB terdiri daripada dua (2) kategori iaitu:

    Jenama sendiri, iaitu “POLENS”:

    Bil Jenis Produk Diskripsi Produk
    1 Teh uncang herba Misai Kucing Produk minuman herba
    2 Madu tulen Produk minuman kesihatan
    3 Madu delima Produk minuman kesihatan berasaskan madu dan jus delima
    4 Sachet Ratu Collagen Produk kesihatan berasaskan kolagen
    5 Produk kapsul herba:

    a.        Tongkat Ali

    b.        Kacip Fatimah

    c.        Gingko biloba

    d.        Belimbing Buloh

    Produk tradisional berasaskan herba

    Produk jenama pelanggan (produk dikilangkan di bawah konsep Pengilangan Kontrak):

    Bil Jenis Produk Jenama Produk Pelanggan
    1 Air Musofa Naqia Naqia Corporation S/B
    Madu Naqia Naqia Naqia Corporation S/B
    2 Redianze Eskayvie Eskayvie S/B
    Reduze Eskayvie Eskayvie S/B
    I-Qids Eskayvie Eskayvie S/B
    3 Madu Plus Delima Natural Herbs Natural Herbs Marketing
    4 Mineral Drop Ammay Ammay Enterprise S/B
    5 Excel Supreme Nizh Nizh Goodwill S/B
    6 RX Young Passion Passion Herbs
    RX Coffee Passion Passion Herbs
    Apricollagen Passion Passion Herbs
    7 Super White Collagen Mia Superior Mia Superior
    8 Manuka Honey G-Health G-Health Network S/B
    9 Phyto Andro Coffee Herbal Zone Herbal Zone International S/B
    10 TMS Fenugreek Ryverra Ryverra Chocolate & Confectionary
    TMS Collagen Ryverra Ryverra Chocolate & Confectionary
    11 Nano FOS NMS NMS Marketing S/B

     

  2. Bagaimanakah pelan dan skop pemasaran produk tersebut?

    Pelan dan skop pemasaran produk tersebut adalah:

     

    Produk Jenama “POLENS”

    • Pelan Pemasaran
      • PSB melaksanakan program pemasaran melalui pengiklanan di media cetak seperti akhbar tempatan, majalah mingguan wanita, TV Selangor, You Tube dan ‘flyers’.
      • Mengambil bahagian dalam expo dan pameran
    • Melantik stokis     mengikut    kawasan    untuk    memasar     dan mengedarkan kan produk-produk jenama “POLENS”.
    • Skop Pemasaran
      • Skop pemasaran untuk produk jenama “POLENS” adalah meliputi pasaran di seluruh
      • Memberi perkhidmatan khidmat nasihat kepada stokis-stokis yang dilantik dengan membuat lawatan secara

    Produk Jenama Pelanggan

    • Pelan dan skop pemasaran diuruskan sendiri oleh pelanggan- pelanggan kerana produk yang dikilangkan oleh PSB adalah menggunakan jenama

     

  3. Nyatakan prestasi jualan dan keuntungan yang diperolehi dari 2010-2013?

    prestasi jualan dan keuntungan yang diperolehi dari tahun 2010 – 2013 adalah:

    Penyata pendapatan PSB bagi tahun 2010 hingga 2013 adalah seperti berikut:

    PERKARA 2010

     

    (RM Juta)

    2011

     

    (RM Juta)

    2012

     

    (RM Juta)

    2013

     

    (RM Juta)

    Pendapatan 2.677 2.270 1.862 1.622
    Tolak: Perbelanjaan 5.895 2.032 1.832 1.599
    Untung/(Rugi) Kasar (3.218) 0.238 0.030 0.023
    Tolak: Cukai 0.034
    Untung/(Rugi) Bersih (3.218) 0.204 0.030 0.023

    Nota: Faktor utama kerugian pada tahun 2010 adalah disebabkan oleh perbelanjaan hapus kira hutang lapuk, inventori, belanja penyelidikan dan pembangunan yang kesemuanya berjumlah RM2.7 juta.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.