Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

169) POKOK YANG TELAH UZUR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan ataupun perancangan pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani pokok-pokok yang telah uzur dan berkemungkinan akan tumbang di seluruh Negeri Selangor?

    Bagi menangani pokok-pokok yang telah uzur dan berkemungkinan akan tumbang, PBT akan mewujudkan data inventori pokok bagi mengenalpasti pokok-pokok yang berisiko dan telah mencapai usia matang (dengan ketinggian melebihi 15 meter ke atas) supaya perhatian dan pemantauan berkala dapat dilaksanakan. Selain itu, PBT juga akan melantik arboris bertauliah untuk menyemak dan menganalisis kesihatan pokok yang berisiko.

  2. Adakah pokok-pokok yang telah uzur akan diganti dengan pokok-pokok yang baru?

    Bagi pokok – pokok yang uzur dan mempunyai nilai tersendiri (heritage tree) perlu dipelihara manakala bagi pokok yang berisiko perlu diberi perhatian dan pemantauan teknikal secara berkala. Arboris yang dilantik akan menyemak spesis pokok yang mempunyai sifat dahan yang rapuh untuk digantikan dengan spesis yang bersesuian. Antaranya, menggantikan kepada pokok-pokok yang lebih rendang tidak melebihi ketinggain 10 meter apabila usia matang seperti pokok khaya, terutama di bahu jalan dan sebagai street planting. 

Lampiran

Tiada Lampiran.