Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
411) POKOK TUMBANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membasmi masalah tumbangnya pokok rendang, berisiko dan berusia pada waktu ribut hujan sehingga mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda, khususnya di Bandar Puncak Alam dan kawasan perkampungan sekitar DUN Jeram?
MPKS melalui Jabatan Landskap melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala melalui kontraktor penyelenggaraan landskap yang dilantik secara sebutharga melalui peruntukan semasa jabatan dan MARRIS yang diperolehi di samping turut mempunyai Unit Penyelenggaraan dalaman iaitu Unit Cantasan bagi tujuan seliaan. Selain itu, kawalan juga dilakukan melalui pemilihan tanaman bagi pokok-pokok yang dicadangkan di dalam Cadangan Pembangunan , Pelan Landskap iaitu melalui pemilihan bahagian Kawalan Pembangunan Landskap dengan mengesyorkan pokok-pokok yang lambat matang dan mudah diselenggara dan bersifat medium trees sahaja.