Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
143) POKOK TUMBANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah proaktif yang diambil Kerajaan Negeri untuk mengelakkan kejadian pokok tumbang di seluruh Negeri Selangor?
SPBT
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan cantasan pokok secara berkala berdasarkan inventori pokok yang telah ditanam. PBT turut membuat penilaian ke atas pokok-pokok yang telah berusia bagi memastikan tahap kekukuhan pokok yang berisiko.
Pokok yang sekah, reput, mati, dijangkiti haiwan perosak, atau condong akan ditebang. Walau bagaimanapun, sekiranya pokok tersebut didapati merupakan pokok persendirian, notis akan dikeluarkan kepada pemilik untuk menebang pokok tersebut.
MBPJ
Langkah-langkah proaktif yang diambil oleh pihak Majlis adalah seperti berikut :-
i) Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan mengikut jadual bulanan
ii) Meningkatkan kekerapan pemantauan dan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan berisiko
iii) Melantik Arborist bagi membuat penilaian terhadap pokok-pokok yang
-
Berapakah jumlah pokok yang ditebang dan dicantas di Petaling Jaya pada tahun 2022, 2023 dan 2024?
Jumlah pokok yang telah ditebang dan dicantas di Petaling Jaya bagi tahun 2022, 2023 dan 2024 adalah seperti berikut: