Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

183) POKOK-POKOK LAMA DI BAWAH SELIAN PBT

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan pelan rancangan bagi penyelenggaraan tersebut.

    MPKj melalui Jabatan Landskap Dan Rekreasi telah memperuntukkan sejumlah amaun bagi penyelenggaraan pokok teduhan pada setiap tahun. Bagi Tahun 2024, sejumlah RM 5,280,000.00 telah diperuntukkan bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pokok teduhan dengan mewujudkan 24 Panel Penyelenggaraan Pokok Teduhan mengikut 24 Zon MPP Ahli Majlis dan juga lantikan ad-hoc / kerja kecemasan pokok tumbang.

  2. Bilakah kerja penyelenggaraan pokok dapat dilakukan di sekitar Taman Perkasa
    dan sebahagian kawasan di Taman Cheras Awana?

    Kerja-kerja penyelenggaraan pokok teduhan di Taman Perkasa telah selesai dilaksanakan pada bulan Januari 2024 secara lantikan kontrak panel. Sebanyak 36 nos pokok Yellow Flame dan 40 nos pokok Tecoma telah dicantas dan 5 nos pokok Yellow Flame dan 10 nos pokok Tecoma telah dipotong. Kerja-kerja penyelenggaraan pokok di Taman Perkasa dan Taman Cheras Awana akan dilaksanakan secara berkala dijangka pada bulan Oktober 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.