Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

11) ‘POCKET DEVELOPMENT’ PUNCA BANJIR DAN BENCANA LAIN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah polisi Kerajaan Negeri berkenaan dengan 'Pocket Development' khususnya apabila pembangunan tersebut dilihat boleh menyebabkan isu alam sekitar seperti banjir dan sebagainya?

    Setiap jenis permohonan pelan pembangunan perlu mematuhi Manual Garis Panduan & Piawaian Perancangan Negeri Selangor dan lain-lain garis panduan yang berkaitan serta perlu mematuhi keperluan agensi teknikal.

  2. Berapa jumlah kelulusan 'Pocket Development' oleh Majlis Perbandaran Sepang yang melibatkan lot-lot lidi di daerah Sepang?

    Berdasarkan rekod tahun 2020 dan 2021, MPSepang telah meluluskan sebanyak 72 permohonan melibatkan lot-lot kecil manakala pihak Majlis tidak memberikan kelulusan bagi pembangunan lot-lot lidi.

Lampiran

Tiada Lampiran.