Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

218) PLAZA PERANGSANG

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Status terkini penyewa di Plaza Perangsang?

    Blok menara Plaza Perangsang yang menempat ruang pejabat iaitu tingkat 2 hingga tingkat 17 mempunyai kadar penghunian (occupancy rate), hampir 100%. Manakala bagi tingkat 18 hingga tingkat 27 serta tingkat bawah (ground floor), yang dahulunya disewa oleh Hotel Quality Shah Alam, masih lagi kosong dan akan dibangunkan semula sebagai ruang pejabat/perniagaan, setelah mendapat kelulusan yang sepatutnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

    Blok podium Plaza Perangsang, iaitu Aras 1A dan 1B mempunyai kadar penghunian, lebih kurang 33%. Kebanyakan penyewa tidak menyambung penyewaan mereka kerana hampir keseluruhan blok podium, semasa pembangunan semula nanti, perlu dibangunkan semula sebagai tempat letak kereta untuk memenuhi kehendak piawaian perancangan.

    Lampiran A disertakan.

  2. Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memenuhkan penyewa di Plaza Perangsang?

    Plaza Perangsang adalah milik penuh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri tidak bertanggungjawab untuk melaksanakan peranan tersebut kerana ia adalah di bawah pengurusan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.