Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
33) PKPS LIVESTOCK FARM SDN BHD
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Syarikat PKPS Livestock Farm Sdn Bhd memfokuskan bidang penternakan lembu tenusu dan ayam daging. Nyatakan lokasi ladang dan bilangan ternakan kedua-dua haiwan tersebut tahun 2013-2014?
Lokasi ladang adalah bertempat di Ladang PKPS Jelutong Jati, KM 41 Jalan Tanjong Malim / Sungai Besar, 44010 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul
Ternakan Lembu Tenusu
Bilangan ternakan lembu tenusu tahun 2013 -2014 adalah seperti berikut:
Butiran 31 Disember 2013 (ekor)
Februari 2014 (ekor)
Lembu Induk Betina 208 279 Lembu Induk Penjantan 4 10 Anak Lembu Betina 124 97 Anak Lembu Jantan 37 35 Jumlah Keseluruhan 373 421 Ternakan Ayam Daging
Bilangan ternakan ayam daging adalah mengikut pusingan. Setiap tahun sebanyak 6 pusingan dapat dilaksanakan dimana setiap pusingan
200,000 ekor. Dalam tempoh setahun sebanyak 1,200,000 ekor dapat dikeluarkan.
-
Nyatakan prestasi dan keuntungan syarikat 2010-2013?
Prestasi keuntungan syarikat 2010 – 2013 adalah seperti berikut:
Butiran 2010 2011 2012 2013 Pendapatan – 941,906 1,867,032 2,235,466 Kos langsung – 1,408,975 1,808,164 1,566,640 Untung kasar – (467,069) 58,868 668,826 Lain-lain pendapatan – 41,203 314,328 20,613 Belanja pentadbiran – 672,511 1,516,935 1,571,582 Untung/(Rugi) – (1,098,377) (1,143,739) (882,144) Di dalam perancangan 10 tahun, projek ternakan adalah seperti berikut:
Butiran 2010 2011 2012 2013 2014 Pendapatan – 941,906 1,867,032 2,235,466 2,654,309 Kos langsung – 1,408,975 1,808,164 1,566,640 1,801,982 Untung kasar – (467,069) 58,868 668,826 852,327 Lain-lain pendapatan – 41,203 314,328 20,613 14,200 Belanja pentadbiran – 674,134 1,473,196 1,589,439 1,455,527 Untung/(Rugi) – (1,100,000) (1,100,000) (900,000) (589,000) Butiran 2015 2016 2017 2018 2019 Pendapatan 2,854,501 2,997,061 3,098,026 3,317,681 3,509,211 Kos langsung 1,823,096 1,843,956 1,864,841 1,885,752 1,906,690 Untung kasar 1,021,405 1,153,105 1,233,184 1,431,928 1,602,522 Lain-lain pendapatan 14,484 14,774 15,069 15,371 15,678 Belanja pentadbiran 1,462,673 1,482,677 1,498,678 1,515,286 1,535,047 Untung/(Rugi) (426,784) (314,799) (250,425) (67,987) 83,153 -
Nyatakan pasaran produk-produk tersebut?
Pasaran produk-produk tersebut adalah seperti berikut:
Ternakan Lembu Tenusu
Semua susu segar yang dikeluarkan dijual kepada Fraser & Neave (F &N) yang beralamat Lot 6, Persiaran Perusahaan, Seksyen 23, Kawasan Perusahaan Shah Alam, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Ternakan Ayam Daging
PKPS Livestock Farm Sdn Bhd telah mengadakan usahasama dengan Charoen Phokphand (M) Sdn Bhd. (CP). CP merupakan sebuah syarikat berasal daripada Thailand yang merupakan pengeluar ayam daging yang terbesar di Asia dan nombor 2 dalam dunia. Semua ayam dipasar terus kepada pihak CP.