Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
84) PKPS AGRO INDUSTRIES SDN BHD.
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah garis panduan Kerajaan Negeri terhadap pembayaran balik pinjaman sebanyak RM30.10 juta yang diperolehi Premium Sanitised Products Sdn Bhd bagi menguruskan Projek Pemprosesan Salad dan Jus Buah-buahan Tropika?
Pembayaran balik pinjaman sebanyak RM30.1 juta bagi menguruskan Projek
Pemprosesan Salad dan Jus Buah-buahan Tropika
1.1 Latar Belakang
- PKPS Agro Industries Sdn. Bhd. (PAISB) telah menubuhkan sebuah syarikat usaha sama iaitu Premium Sanitised Products Sdn. Bhd. (PSP) bagi mengendalikan projek pemprosesan salad dan jus buah-buahan tropika. Rakan usaha sama ialah Icor Mirak (M) Sdn. Bhd. (IM). Produk-produk yang akan dikeluarkan adalah untuk dieksport ke pasaran Negara Timur Tengah.
- Pinjaman daripada Kementerian Kewangan Malaysia berjumlah RM30.1 juta telah diluluskan kepada PAISB.
- Projek mula mengeluarkan produk salad dan jus buah-buahan tropika pada bulan Mei 2008 tetapi telah ditutup pada bulan Mac 2010 kerana faktor-faktor berikut:
- Rancangan untuk mengeksport produk-produk yang dikeluarkan ke Negara Timur Tengah tidak dapat dilaksanakan. Penjualan di pasaran tempatan pula kurang mendapat sambutan.
- Syarikat mengalami aliran tunai defisit sehingga memerlukan suntikan modal daripada PAISB untuk membiayai operasi syarikat.
- Kerugian syarikat yang berterusan sehingga berjumlah RM11.9 juta.
- Menanggung hutang sebanyak RM36.0 juta dengan pihak pembekal bahan mentah dan Kementerian Kewangan
Malaysia.
1.2 Garis Panduan
(i) Memulihkan semula projek menggunakan bangunan kilang, mesin dan peralatan sedia ada.
- Mencari dan mengenalpasti pihak yang berkeupayaan dari segi kepakaran, modal dan pemasaran untuk bersama-sama dengan PAISB dalam memulihkan semula operasi kilang pemprosesan salad dan jus buah-buahan tropika.
- Melaksanakan projek pemulihan melalui Special Purpose Vehicle (SPV) baru yang tidak dibebani dengan hutang berjumlah RM30.1 juta.
- Pulangan kepada PAISB daripada pelaburan dalam SPV ini akan diguna untuk membayar ansuran pinjaman RM30.1 juta.
- Menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi memulihkan semula projek.
- Mencadangkan kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk melupuskan pinjaman RM30.1 juta atau menjadual semula pembayaran balik pinjaman tanpa dikenakan bayaran faedah tambahan.
- Akhir sekali, sekiranya semua ini gagal maka projek akan diserah balik kepada Kementerian Kewangan Malaysia mengikut terma perjanjian pinjaman yang ditandatangani.
-
Apakah garis panduan Kerajaan Negeri terhadap pembayaran balik pinjaman sebanyak RM10 juta yang diperolehi Premium Agro Products Sdn Bhd bagi menguruskan Projek R&D Sisa Buangan Kepada Bentuk Baja Organik?
Pembayaran balik pinjaman sebanyak RM10.0 juta bagi menguruskan Projek R&D Sisa Buangan Kepada Bentuk Baja Organik?
2.1 Latar Belakang
- PAISB telah menggunakan sebuah syarikat usaha sama sedia ada iaitu Premium Agro Products Sdn. Bhd. (PAP) bagi mengendalikan projek projek R&D sisa buangan kepada bentuk baja organik.
Rakan usaha sama ialah Hidangan Mudah Keluarga GH Sdn. Bhd. (HMK).
- Pinjaman daripada Kementerian Kewangan Malaysia berjumlah RM10.0 juta telah diluluskan kepada PAISB.
- PAP memulakan operasi pengeluaran baja organik pada bulan Oktober 2006 dan menutup operasi pada bulan Mac 2010 disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
- Syarikat mengalami aliran tunai defisit sehingga memerlukan suntikan modal daripada PAISB untuk membiayai operasi syarikat.
- Kerugian syarikat yang berterusan sehingga berjumlah RM2.4 juta.
- Menanggung hutang sebanyak RM50.2 juta dengan
Kementerian Kewangan Malaysia.
- Kegagalan untuk mendapatkan pasaran bagi baja organik (kompos) yang dikeluarkan.
- Pihak Berkuasa Tempatan telah berjanji untuk membeli balik baja organik yang dikeluarkan tetapi ini tidak berlaku.
- Ladang PKPS menamatkan pembelian baja organik dari PAP dan mula mengunapakai baja mineral untuk ladangladang PKPS.
2.2 Garis Panduan
(i) Memulihkan semula projek menggunakan bangunan kilang, mesin dan peralatan sedia ada.
- PAISB telah mengenalpasti pihak yang berkeupayaan dari segi kepakaran, modal dan pemasaran untuk bersama-sama dengan PAISB dalam memulihkan semula operasi kilang R&D sisa buangan kepada bentuk baja organik.
- Pelaksanaan projek pemulihan akan dibuat melalui Special Purpose Vehicle (SPV) baru yang tidak dibebani dengan hutang berjumlah RM10.0 juta.
- Kos projek baru dianggarkan berjumlah RM34.2 juta. Bagi memulakan projek baru ini, keperluan modal saham adalah sebanyak RM10.0 juta manakala pinjaman bank pula adalah berjumlah RM29.2 juta.
- Pulangan kepada PAISB daripada pelaburan dalam SPV ini akan diguna untuk membayar ansuran pinjaman RM10.0 juta.
- Menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi memulihkan semula projek.
- Mencadangkan kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk melupuskan pinjaman RM10.0 juta atau menjadual semula pembayaran balik pinjaman tanpa dikenakan bayaran faedah tambahan.
- Akhir sekali, sekiranya semua ini gagal maka projek akan diserah balik kepada Kementerian Kewangan Malaysia mengikut terma perjanjian pinjaman yang ditandatangani.
-
Apakah garis panduan Kerajaan Negeri terhadap pembayaran balik pinjaman sebanyak RM50.20 juta yang diperolehi Premium Bioherbs Sdn Bhd Projek Teknologi Nano Mengekstrak Bahan Aktif Herba Tempatan?
Pembayaran balik pinjaman sebanyak RM50.2 juta bagi menguruskan Projek Teknologi Nano Mengekstrak Bahan Aktif Herba Tempatan?
- PAP telah mendapat pinjaman berjumlah RM50.2 juta bagi melaksanakan projek teknologi nano mengekstrak bahan aktif herba tempatan. Pelaksanaan projek pula dilakukan melalui penubuhan sebuah syarikat usaha sama, iaitu Premium Bioherbs Sdn. Bhd. (PB), yang melibatkan PAP dan Agrotech Capital Pte. Ltd. (ACPL).
- Pada 29 Oktober 2010, PAISB telah menjual kesemua saham-saham
PAP miliknya kepada rakan usaha sama, iaitu HMK, pada jumlah harga RM10/- sahaja. Penjualan ini telah menyebabkan PAISB kerugian sebanyak RM679,990/- bagi melupuskan kesemua pelaburan dalam PAP.
- Dengan penjualan ini maka PB tidak lagi menjadi syarikat subsidiari PAISB.
- Penjualan ini dibuat atas asas keputusan perniagaan (business decision) iaitu:
- PAP dan PB masing-masing mengalami aliran tunai defisit yang memerlukan suntikan modal daripada PAISB.
-
- PAP dan PB masing-masing mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM2.4 juta dan RM8.7 juta.
- PAP mempunyai liabiliti berupaya pinjaman dengan Kementerian Kewangan malaysia berjumlah RM50.2 juta yang mana pinjaman tersebut telah digunakan untuk membiayai projek teknologi nano mengekstrak bahan aktif herba tempatan yang dijalankan oleh PB.
Sehingga 29 Oktober 2010, PB masih belum mengeluarkan sebarang produk untuk dipasarkan baik di pasaran luar negara mahupun dalam negara.