Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

178) PKNS DAN PENGANJURAN SEMINAR INTERNATIONAL HERALD TRIBUNE GLOBAL FORUM

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rasional PKNS bercadang untuk menaja RM3.3 juta bagi penganjuran Seminar International Herald Tribune Global Forum pada 27-28 Sept 2010?

    Penganjuran Seminar International Herald Tribune Global Forum pada 27-28 September 2010 adalah di atas rasional berikut :-

    • Memasarkan produk di peringkat global kerana forum ini dihadiri oleh pelabur-pelabur dan pengurus-pengurus dana
    • Platform terbaik PKNS dan syarikat anak untuk menjalinkan hubungan dagangan dengan para peserta dan mendapatkan rangkaian pelabur antarabangsa.
    • Dapat memberi pulangan yang lebih baik melalui kaedah serta peluang bukan tradisional kepada PKNS.
    • Menggunakan Pengkalan Data/Database IHT/New York Times bagi menyalurkan maklumat mengenai

    Menggunakan forum ini sebagai satu agenda meraikan ulang tahun PKNS yang ke 46 tahun.

     

  2. Daripada sumber manakah PKNS akan membiayai penajaan tersebut?

    Penganjuran Seminar International Herald Tribune Global Forum adalah melalui perbelanjaan pemasaran iaitu 0.05% dari unjuran penjualan nilai GDV dari projek PKNS yang dijalankan pada tahun

  3. Apakah alasan kerajaan menolak penajaan seminar tersebut?

    Cadangan penajaan Seminar International Herald Tribune Global Forum telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan PKNS dan mesyuarat sebulat suara memutuskan keputusan bagi penajaan seminar tersebut perlu dibuat oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Pengerusi PKNS kerana ianya melibatkan pemasaran di peringkat

    Lanjutan dari itu, Pengerusi PKNS telah memutuskan untuk TIDAK akan menajaSeminar International Herald Tribune Global Forum kerana dilihat tidak ada keperluan bagi PKNS terlibat dalam penajaan seminar tersebut. Ini kerana PKNS belum lagi bersedia untuk menjalankan aktiviti perniagaannya di peringkat global.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.