Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

161) PKNS ADALAH PUSAT PERNIAGAAN BUMIPUTRA YANG TERAWAL DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memastikan kompleks PKNS terus relevan sebagai pusat perniagaan bumiputra?

    PKNS menerusi anak syarikat iaitu PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) sentiasa memastikan Kompleks PKNS Shah Alam (KPSA) membantu dan menyokong peniaga-peniaga bumiputera dan juga kekal relevan kepada pengunjung- pengunjung yang datang. Antara inisiatif dan usaha berterusan yang dijalankan ialah:

    • Pengekalan nisbah peratus bumiputera di KPSA sebanyak 85% sehingga kini;

     

    • Pengubahsuaian Tempat Orang Lokal (T.O.L.) di lot yang sebelumnya dimiliki oleh penyewa yang bertaraf bukan bumiputera iaitu Seri Kota. T.O.L. memuatkan 35 lot niaga yang dihuni oleh penyewa-penyewa bumiputera sahaja dan kini urusan penyewaan diuruskan oleh Hijrah Selangor bagi menawarkan lot niaga jangka pendek kepada peniaga-peniaga di bawah seliaan mereka;

     

    • Penganjuran “Promosi Bulanan” di ruang-ruang promosi KPSA yang hanya ditawarkan kepada penyewa-penyewa bumiputera di KPSA sahaja untuk membantu melonjakkan jualan masing-masing pada setiap bulan;

     

    • Penawaran tapak niaga di ruang promosi pada kadar berpatutan untuk penyewa-penyewa bumiputera di KPSA sahaja untuk Festival Ramadhan Selangor (FESTIRA) yang mampu mengundang kunjungan tidak kurang daripada 20,000 pengunjung sehari. FESTIRA juga adalah salah satu bukti bahawa KPSA adalah tumpuan pengunjung bumiputera untuk membuat persediaan berhari raya;

     

    • Bagi pengunjung pula, 40% daripada produk yang ditawarkan di KPSA merupakan pakaian muslimah dan peralatan ibadah sejajar dengan demografik pengunjung di KPSA yang majoritinya terdiri daripada bumiputera;

     

    • Penganjuran khas program CSR “Kasih Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor” yang dianjurkan oleh PKNS dan KPSA dengan menawarkan sebanyak 80-90 tapak niaga di ruang promosi pada harga minima selama 14 hari sebanyak 4 kali setahun untuk peniaga-peniaga di bawah seliaan Hijrah Selangor dan Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS;

     

    • PREC juga sedang di dalam perancangan untuk memberi peluang kepada lebih ramai peniaga bumiputera untuk menyewa tapak perniagaan di “SACC WALK” pada kadar berpatutan pada setiap hujung
  2. Apakah bangunan kompleks PKNS akan diberi rebranding baru supaya dapat bersaing dengan mall yang baru?

    Dari segi penjenamaan, Kompleks PKNS Shah Alam (KPSA) telah pun diberi logo dan slogan baru oleh PKNS Real Estate (PREC) sejak 2014. Logo dan slogan ini juga telah digunakan secara meluas dalam bahan- bahan komunikasi yang dikeluarkan oleh KPSA. Reka bentuk bahan-bahan komunikasi juga diubahsuai menjadi lebih moden untuk memenuhi citarasa segenap lapisan pengunjung

    Jika dilihat dari sudut promosi pula, KPSA telah menjalankan promosi yang agresif di sosial media dan platform digital yang lain bagi menghebahkan aktiviti- aktiviti dan promosi penyewa-penyewa di KPSA. KPSA juga telah disenaraikan oleh Tourism Selangor sebagai salah satu tempat pelancongan di Selangor yang perlu dilawati.

    Dari segi kemudahan pula, PREC telah memasang penghawa dingin di ruang- ruang legar bagi keselesaan para pengunjung dan penyewa. Selain itu, beberapa kawasan telah ditambah baik seperti SACC Walk dan Anjung Perdana agar menjadi tarikan pengunjung yang datang.

    Walaupun penambahbaikan dari pelbagai aspek “rebranding” telah dijalankan, kami juga sangat berhati-hati dalam mengekalkan identiti KPSA yang sangat dekat di hati pengunjung KPSA dan penduduk Shah Alam. KPSA merupakan sebuah bangunan yang kaya dengan elemen sentimental dan menyimpan seribu satu kenangan para pengunjung dan penyewa tetap sejak penubuhannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.