Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

202) PKNS

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keuntungan atau kerugian PKNS bagi tahun berakhir Disember 2021 & 2022 ?

    Bagi tempoh berakhir 31 Disember 2021, PKNS telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM905.8 juta iaitu peningkatan sebanyak RM 1,949.0 juta atau 187% berbanding pada tahun 2020. Peningkatan keuntungan ini adalah hasil daripada peningkatan pendapatan operasi menerusi jualan bangunan dan tanah disamping langkah-langkah penjimatan yang telah dilaksanakan oleh PKNS. Peningkatan keuntungan yang ketara ini juga disumbangkan daripada lain-lain pendapatan operasi iaitu rosot nilai palaburan berbalik anak syarikat. Rosot nilai pelaburan berbalik ini dibuat adalah berdasarkan kepada analisa rosot nilai pelaburan terhadap anak syarikat yang menunjukkan peningkatan ‘Net Tangible Assets’ (NTA) atau aset ketara bersih berbanding nilai pelaburan yang dibuat oleh PKNS. Walau bagaimanapun, Penyata Kewangan bagi tempoh berakhir 31 Disember 2022 kini sedang dalam proses pengauditan.

Lampiran

Tiada Lampiran.