Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
217) PKNS
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kenapakah sistem tender dibuat bagi pembelian rumah kedai. Sila huraikan
- PKNS memutuskan tawaran jualan kedai 3 tingkat Seksyen 19, Shah Alam secara tender pada tahun 2010 kepada umum setelah mengambil kira faktor seperti berikut :-
- Perbadanan telah menerima lebih daripada 100 permohonan daripada orang ramai sedangkan unit yang dibina hanya 26 unit
- Dalam mengamalkan pemilikan yang adil dan telus kepada pemohon-pemohon, Perbadanan berpendapat kaedah tawaran secara tender adalah yang terbaik dengan menetapkan harga rezab permulaan serendah RM1,235,350
- PKNS juga mengekalkan kuota jualan 70% kepada Bumiputera dan 30% bukan Bumiputera.
-
Rungutan dari orang ramai sistem ini menyebabkan rakyat sederhana sukar untuk membeli rumah kedai ini. Apakah kerajaan akan mengubah polisi ini.
- Jualan kedai di Seksyen 19, Shah Alam secara tender ini adalah secara ’one off basis’ dan bukannya merupakan polisi yang ditetapkan untuk penjualan semua kedai yang dibina oleh
Walaupun jualan di atas secara tender, jurang perbezaan harga yang ditawarkan oleh penender berbanding dengan harga rezab adalah tidak melebihi 6% dan ini adalah berpatutan. PKNS juga menerima maklumbalas daripada orang ramai yang berpuas hati di atas tindakan PKNS menawarkan secara tender kerana ia lebih adil.
-
Nyatakan peratusan rumah kedai yang di bangunkan oleh PKNS yang di jual kepada syarikat-syarikat besar ?
- Setakat ini Perbadanan hanya menjual rumah kedai kepada individu-individu dan syarikat bertaraf Sdn Bhd sahaja dan tidak pernah menjual kepada syarikat- syarikat besar yang disenaraikan di Bursa