Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
229) PKNS
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana perkembangan atau tindakan Kerajaan Negeri berkenaan dengan aset PKNS yang hendak ditukar milik atau ditukar tadbir.
Kerajaan negeri adalah maklum bahawa PKNS hanya melakukan pemindahan aset kepada satu entiti milik penuh PKNS supaya keseluruhan aktiviti penyelenggaraan dan urusan pengurusan bangunan lebih efisien dan efektif. Kerja-kerja menaik taraf bangunan akan dipertingkatkan untuk kepentingan peniaga secara tidak langsung menarik lebih ramai
-
Bilakah PKNS akan membuat rumah mampu milik untuk rakyat yang kurang berkemampuan ataupun yang berpendapatan rendah khususnya di DUN Lembah Jaya, Ampang.
Adalah dimaklumkan jumlah rumah kos rendah dan kos sederhana telah dibina di sekitar Ampang berjumlah 15,360 unit dari tahun 1965 hingga
Adalah dimaklumkan pada masa ini PKNS juga sedang membina Rumah Mampu Milik yang melibatkan enam daerah iaitu :-
Bil. Daerah Kawasan Jumlah Unit Status 1. Hulu Langat Seksyen 3, Bandar Baru Bangi
124 Dijangka siap Mei 2012 2. Gombak I. Bukit Botak 1,422 Dijangka siap Dis 2012 ii. Kg. Sri Temenggung 418 Dalam proses tender & kelulusan pelan 3. Kuala Selangor
Seksyen 5, Kota Puteri 214 Dalam proses tender & kelulusan pelan
4. Hulu Selangor Seksyen 1D (Fasa 1) Antara Gapi
129 Kelulusan pelan pembangunan
5. Petaling Seksyen U12 104 Kelulusan pelan pembangunan
6. Sepang Selangor Science Park 2 350 Peringkat perancangan & rekaan
JUMLAH 2,761 PKNS juga sedan mempertimbangkan untuk membuat pembangunan semula di kawasan AU2 yang melibatkan 688 unit rumah.