Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
228) PKNS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
PKNS - PKNS Holdings Sdn Bhd. Apakah salah laku tatacara dan perbelanjaan telah dikenal pasti?
Setelah siasatan awal dibuat, tiada berlakunya sebarang salah laku tatacara dan perbelanjaan yang dikenal pasti di peringkat PKNS Holdings Sdn. Bhd. Namun begitu pihak Audit Dalaman PKNS akan menjalankan siasatan audit lebih terperinci untuk memastikan bahawa tiada lagi isu-isu yang berbangkit pada masa hadapan.
Pemerhatian audit terhadap pengurusan pelantikan anggota daripada PKNS Holdings Sdn. Bhd. telah dilaksanakan. Skop pengauditan adalah meliputi proses pelantikan dan pembayaran emolumen kepada 24 anggota kontrak secara pinjaman daripada PHSB yang dilaksanakan oleh Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Perolehan dan Bahagian Kewangan PKNS untuk tempoh bermula dari tahun 2011 hingga 31 Ogos 2013. Hasil daripada pemerhatian audit tersebut, keputusan penemuan audit adalah seperti berikut:-
- Polisi dan prosedur untuk pelantikan anggota daripada PKNS Holdings tidak diwujudkan;
- Status lantikan anggota tidak jelas;
- Tiada surat tawaran dikemukakan oleh PKNS kepada anggota pinjaman;
- Kaedah bayaran emolumen anggota lantikan tidak jelas;
- Line of Reporting kerja tidak jelas dan tiada KPI ditetapkan;
- Perjanjian / kontrak antara PKNS dan PKNS Holdings tidak diwujudkan;
- Pelantikan anggota tidak dibentangkan kepada mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan dan Tatatertib
- Anggota lantikan tidak melapor diri bertugas kepada Bahagian Sumber Manusia;
- Surat aku janji tidak dikuatkuasa kepada anggota pinjaman; dan
Tiada garis panduan dan kaedah khusus dalam pelantikan serta penetapan emolumen anggota pinjaman.
-
Apakah punca kelewatan salah laku disedari?
Sama seperti di SUB (a)
-
Apakah tindakan diambil ke atas pegawai berkenaan, selaras konsep Ketelusan dan Berkebajikan?
Sama seperti di SUB (a)