Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
91) PKNS
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan berapakah Nilai Aset, Liabiliti, Pendapatan & Perbelanjaan PKNS daripada 2015-2017.
Berikut merupakan Nilai Aset, Liabiliti, Pendapatan dan Perbelanjaan PKNS daripada 2015 sehingga 2017 :
PERKARA
TAHUN 2017 2016 2015 (RM’000) (RM’000) (RM’000) Pendapatan 624,358 825,881 609,141 Perbelanjaan 508,399 502,410 462,425 Jumlah Aset 6,656,065 5,968,840 5,499,588 Jumlah Liabiliti 1,739,976 1,151,442 1,002,331 -
Nyatakan keluasan tanah yang dimiliki oleh PKNS serta anak-anak Syarikat yang belum dimajukan lagi.
Keluasan tanah yang dimiliki oleh PKNS serta anak-anak Syarikat yang belum dimajukan lagi adalah seperti berikut :
- Keluasan Tanah Milik PKNS Yang Belum Dimajukan
BIL. DAERAH KELUASAN (EKAR) 1. Petaling 268.92 2. Gombak 660.92 3. Hulu Langat 997.76 4. Kuala Langat 23 5. Hulu Selangor 6,289.17 6. Kuala Selangor 142.33 7. Sabak Bernam 85 8. Klang 214.16 9. Sepang 333.06 10. Cameron Highlands 1.93 11. Port Dickson 0.46 JUMLAH 9,016.72 - Keluasan Tanah Milik Anak-anak Syarikat Yang Belum Dimajukan
BIL. DAERAH ANAK SYARIKAT KELUASAN (EKAR) 1.
Sungai Merab, Mukim Dengkil Daerah Sepang Selaman 6.036 2.
Karya 5, Mukim Klang Daerah Klang Selaman 0.5 3. Klang (Jln Kebun) PECB 3 4.
Puncak Alam / Ijok / Kuala Selangor Worldwide Holdings Berhad 14.48 5.
Sungai Merab / Dengkil / Sepang Worldwide Holdings Berhad 4.25
6.
Bangi / Hulu Langat / Kajang
Worldwide Holdings Berhad 15.12
7.
Subang Bestari / Petaling / Sungai Buluh Worldwide Holdings Berhad 55.25 8.
Kapar/Klang/Kapar
Worldwide Holdings Berhad 7.47
9.
Seksyen 13 (Alami)/ Bandar Shah Alam/Petaling Worldwide Holdings Berhad 2.307 JUMLAH 108.413 -
Tanah milik PKNS di Bukit Belimbing Kuala Selangor (DUN Permatang) bilakah ianya hendak dimajukan?
Perancangan Pembangunan
Tanah milik PKNS di Bukit Belimbing Kuala Selangor yang akan dimajukan dengan pembangunan bercampur meliputi kediaman, komersial (kedai) dan sebagainya adalah seluas 59.98 ekar dengan pecahan seperti berikut:
HAKMILIK LUAS (EKAR) GM1771, Lot 937 10.31 HS(D) 287005, PT3001 49.67 Di dalam perancangan PKNS, tapak 10.31 ekar tersebut akan memfokuskan kepada pembangunan 120 unit rumah link 1 tingkat 20’x65’ dengan anggaran harga jualan bermula daripada RM250,000.00 seunit. Manakala di atas tapak
49.67 ekar akan dimajukan lain-lain jenis pembangunan termasuk unit-unit kedai, unit-unit Rumah Selangorku dan kemudahan infrastruktur.
Tindakan PKNS :
Pada Februari 2018 yang lalu, PKNS telah membuat permohonan ke Majlis Daerah Kuala Selangor bagi penukaran zoning pertanian kepada kediaman bagi tapak 10.31 ekar.
Kelulusan Kebenaran Merancang dijangka diperolehi dalam tahun 2019. Kelulusan Pelan Bangunan dijangkakan pada tahun 2020.
Kerja-kerja pembinaan dijangka akan bermula pada awal tahun 2021. Walau bagaimanapun, perancangan pembangunan di tapak ini akan bergantung kepada kajian pasaran semasa kelak.