Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

388) PKNS

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah hutang PKNS dan berapakah jumlah hutang yang perlu diselesaikan bagi tahun 2024 dan 2025 ?

    Berdasarkan kepada Penyata Kewangan PKNS beraudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, jumlah hutang (liabiliti) PKNS adalah berjumlah RM3.1 bilion merangkumi liabiliti semasa dan jangka panjang. Tiada hutang yang perlu diselesaikan oleh PKNS pada tahun 2024 dan 2025 kerana ianya bersifat “perpetual” dan pembayaran semula hutang adalah berdasarkan kepada kedudukan kewangan PKNS.

Lampiran

Tiada Lampiran.