Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
399) PKNS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah strategi kewangan PKNS bagi membiayai pembangunan mega SA Sentral?
Pembangunan SA Sentral dilaksanakan secara berfasa. Fasa awal pembangunan melibatkan penjualan unit-unit kediaman yang memberi pulangan segera kepada PKNS. Keuntungan yang diperolehi daripada fasa awal pembangunan ini akan membiayai komponen pembangunan SA Sentral selanjutnya.
PKNS turut mengenalpasti dan membuka peluang usahasama (joint venture) dengan syarikat yang berkemampuan bagi turut sama membangunkan SA Sentral.
Usaha-usaha ini adalah bertujuan mengurangkan risiko bebanan kewangan PKNS dalam jangka pendek dan jangka masa panjang.