Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
314) PKNS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pembiayaan yang digunakan oleh PKNS untuk membayar kembali hutang sukuk hasil daripada penjualan pelaburan KESAS berjumlah RM375 juta?
Daripada hasil penjualan pelaburan KESAS berjumlah RM375 juta, PKNS telah menggunakan sebanyak 92% bersamaan RM345 juta untuk membayar kembali hutang sukuk.