Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

273) PKNS

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini tentang usaha PKNS untuk menjual Tower 2 @ PJ Sentral Garden City yang dijangka memberi pulangan jualan sebanyak RM100 juta kepada PKNS?

    Hasil kajian terkini mendapati bahawa terdapat lebih daripada 114.73 juta kaki persegi ruang pejabat di sekitar Lembah Klang dan ‘Occupancy Rate’ hanyalah sebanyak 67% hingga 85% sahaja.

    Lanjutan daripada itu, PKNS memutuskan untuk tidak meneruskan pembangunan di Menara 2 PJ Sentral yang mana akan menyumbang kepada lebihan atau ‘oversupply’ ruang pejabat yang dikatakan akan mendapat pulangan jualan berjumlah RM100.0 juta.

    Walau bagaimanapun, PKNS telah mendapat kembali nilai pelaburan Menara 2 PJ Sentral berjumlah RM270.0 juta hasil daripada penjualan semula Hak Pembangunan ‘Development Right’ kepada MRCB berdasarkan Perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Lampiran

Tiada Lampiran.