Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

135) PKFZ

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam PKFZ sekiranya projek ini diambil alih oleh kerajaan Selangor?

    Kerajaan Negeri boleh menjadikan PKFZ pemangkin pembangunan industri di kawasan tersebut. Kita boleh menggabungkan peranan pelabur tempatan dan luar bagi menyumbang terhadap peranan PKFZ.

    Saya bersedia menyumbang pengalaman saya sebagai bekas Pengerusi Kontena Nasional yang mengambil alih penswastaan Pelabuhan Klang dan mentadbir Pelabuhan Utara selama beberapa tahun.

  2. Memandangkan PKFZ terletak dalam negeri Selangor, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pelaburan asing atau tempatan di pelabuhan tersebut?

    Kerajaan Negeri bersedia berbincang dengan Kerajaan Persekutuan bagi memainkan peranan tersebut termasuk menerusi SSIC dan agensi-agensi Kerajaan Negeri yang lain.

  3. Siapakah pegawai yang akan dilantik sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor dalam Lembaga Pengarah PKFZ?

    Kita belum menetapkan siapa EXCO yang akan dilantik.

Lampiran

Tiada Lampiran.