Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

346) PJD LINK

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pembatalan projek PJD, apakah alternatif yang bakal dicadangkan Kerajaan Negeri bagi mengatasi kesesakan jalanraya di Petaling Jaya?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek PJD Link merupakan cadangan projek daripada pihak swasta. Setakat ini, tiada cadangan lain diterima dari pihak swasta sebagai alternatif kepada projek PJD Link.

    Di peringkat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), beberapa langkah telah diambil termasuk perkara-perkara berikut:

    i) Memperkasakan perkhidmatan pengangkutan awam dengan kesinambungan jaringan perkhidmatan rel, bas dan mobiliti ‘first and last mile’ serta penyediaan kemudahan diutamakan.

    ii) Pengurusan trafik yang lebih pintar, efisyen dan berintegrasi seperti pemasangan sistem lampu isyarat pintar dan penyuraian trafik dalam bandar.

    iii) Pembangunan bersepadu dalam zon Transit Oriented Development (TOD) yang mementingkan kepelbagaian guna tanah disetempatkan diberi fokus bagi meminimakan keperluan penjanaan trafik.

    iv) Menambah pilihan mod pengangkutan seperti e-skuter di laluan pejalan kaki dan basikal terutamanya untuk perjalanan jarak dekat.

    v) Kempen dan publisiti bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.