Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

7) PINTU KUNCI AIR PARIT 5 SEKINCHAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini cadangan pembinaan pintu kunci air tersebut?

    Untuk makluman, Kajian bagi cadangan pembinaan pintu air parit 5 Sekinchan sedang dijalankan oleh perunding yang telah dilantik oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan jangkaan siap kajian adalah pada bulan September 2017.

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang diluluskan?

    Peruntukan yang diluluskan adalah RM7.0 juta

  3. Sila nyatakan apakah keberkesanan dan fungsi pintu kunci air Parit 5 terhadap penyelesaian masalah banjir kilat di Sekinchan

    Fungsi pintu air tersebut adalah bagi meningkatkan kadar aliran air di kawasan pertanian Sekinchan dan sebahagian Pekan Sekinchan serta mengurangkan risiko banjir di kawasan tadahan tersebut. Hasil kajian daripada perunding akan dapat menjelaskan keberkesanan pintu air serta cadangan pelaksanaan setelah kajian daripada perunding selesai.

    MAKLUMAT TAMBAHAN:

    Kunci air parit 5 sedia ada dibina oleh IADA Barat Laut Selangor dan sehingga kini tiada penyerahan kepada JPS untuk pemantauan gate tersebut. Projek tersebut telah dibina sekitar tahun 1982 – 1983 oleh Agensi IADA Barat Laut Selangor. Pintu air Tidal Control Gate (TCG) jenis roller aluminium gate tersebut dibina tujuan untuk mengalirkan air dari sawah dan kawasan Pekan Sekinchan ke laut. Selain itu, pintu air tersebut menggantikan pintu air Tidal Control Gate (TCG) lama iaitu daripada jenis screw down gate. Punca pintu air Tidal Control Gate (TCG) jenis Aluminium Roller Gate tidak berfungsi adalah akibat daripada timbunan pasir laut di hadapan pintu air Tidal Control Gate (TCG) yang terjadi akibat air laut pasang besar. Susulan itu, Pihak IADA Barat Laut telah membina sebuah pintu air TCG jenis Screw Down Gate di Parit 4 Sungai Burong bagi menampung pengeluaran kuantiti air dari kawasan Sekinchan termasuk pintu air TCG sedia ada iaitu Parit 6 dan Parit 5.

Lampiran

Tiada Lampiran.