Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

66) PINTU GERBANG HARAM DI ATAS TANAH KERAJAAN (RIZAB JALAN) DI MUKIM KAPAR, DAERAH KLANG, NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Satu pintu gerbang telah didirikan tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Negeri di atas tanah Kerajaan (Rizab Jalan) di Mukim Kapar, Daerah Klang, Negeri Selangor di mana Pentadbir Tanah Klang telah mengeluarkan Notis menurut Seksyen 425 dan Seksyen 426A(1)(c) Kanun Tanah Negara bertarikh 2 Februari 2017 kepada pemilik pintu gerbang tersebut tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil. Apakah tindakan seterusnya yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor memandangkan pintu gerbang tersebut dibantah oleh ramai penduduk-penduduk di kawasan tersebut?

    Tindakan Pejabat Daerah Dan Tanah Klang (PTD). Notis telah dikeluarkan oleh pihak berkenaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.