Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

171) PINTASAN HULU CHUCHUH

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pembinaan pintasan Hulu Chuchuh yang telah diumumkan oleh YAB MB Selangor pada tahun 2018 dan diumum sekali lagi pada pembentangan belanjawan 2023 pada November 2022 yang lepas?

    Berikut adalah status terkini Projek Membina Jalan dari Kg. Ulu Chuchuh ke KLIA, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan:

    Kelewatan ini  berpunca daripada penemuan sebutir bom lama ditapak bina yang menyebabkan proses pembinaan di kawasan sekitar tidak dapat dilaksanakan sehingga proses pemusnahan bom dilaksanakan. Selain itu, kelewatan turut berpunca daripada permohonan pelepasan tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) iaitu Lot 13 yang telah dipajak kepada Malaysian Airport Holding Berhad (MAHB). Permohonan ini telah diangkat kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dan perlu mendapatkan kelulusan daripada 3 kementerian yang berkepentingan iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Lampiran

Tiada Lampiran.