Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

37) PINJAMAN WANG KERAJAAN NEGERI KEPADA PBT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah mengemukakan garis paduan lengkap untuk MPAJ supaya MPAJ dapat menukarkan pinjaman wang Kerajaan Negeri kepada geran?

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil

    37/2013 pada 4 Disember 2013 telah bersetuju menggunapakai Garis Panduan Tatacara Pembiayaan Baik Pulih Cerun di mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat dengan Projek Penstabilan Cerun di atas tanah Kerajaan Negeri melalui pinjaman peruntukan Kerajaan Negeri boleh mengemukakan kertas ringkasan untuk memohon pengecualian bayaran faedah atau pengecualian bayaran balik pinjaman yang diberikan. Justeru, perkara ini telah dimaklumkan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain secara bertulis.

  2. Berapakah peruntukan atau pinjaman yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada MPAJ untuk menyelesaikan masalah cerun setakat April 2014

    Senarai pinjaman yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada MPAJ bagi tujuan penyelesaian masalah cerun sehingga 30 Mei 2014 adalah seperti berikut:

    BIL TUJUAN PINJAMAN TARIKH

    KELULUSAN MMKN

    JUMLAH (RM)
    1. Penstabilan cerun di 5 lokasi seperti berikut:

    i. Lot 19041 Jalan UP 1/8, Taman Ukay

    Perdana, Hulu Klang; ii. Rizab jalan bersebelahan Rumah Kebajikan

    Good Sheperd, Hulu Klang; ii. Lot 36203, Jalan Persiaran Desa Ampang 4,

    Taman Sri Ampang; iii. Sebahagian Lot 27383, Jalan Melati 1, berhampiran bulatan Taman Seraya, Taman

    MMKN      ke     –

    44/2012 bertarikh        12 Disember 2012

    2,168,620.00
    BIL TUJUAN PINJAMAN TARIKH

    KELULUSAN MMKN

    JUMLAH (RM)
      Bukit Permai; dan iv. Rizab hutan di Kampung Dato’ Mufti.    
    2. Permasalahan kestabilan cerun di lot 541 dan lot 6873, tanah milik Kerajaan Negeri Selangor berhampiran Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa. MMKN      ke     –

    22/2013 bertarikh        31

    Julai 2013

    16,500,000.00
    3. Penstabilan cerun di 5 lokasi seperti berikut:

    i. Sepanjang Jalan Bukit Permai, Taman Bukit

    Permai, Ampang; ii. Medan Bukit Permai, Taman Bukit Permai,

    Ampang; iii. Pangsapuri Intan, Taman Bukit Permai,

    Ampang; iv. Jalan Mega 5 dan 3, Taman Mega, Ampang; dan

    v. Lot       6550,      Jalan      Wangsa      7,      Bukit

    Antarabangsa.

    MMKN ke – 9/2014 bertarikh

    5 Mac 2014

    10,653,485.37
    JUMLAH KESELURUHAN (RM) 29,322,105.37

Lampiran

Tiada Lampiran.