Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

240) PINJAMAN WANG KERAJAAN NEGERI KEPADA MPAJ & MASALAH TANAH RUNTUH

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah mengemukakan garis paduan lengkap untuk MPAJ supaya MPAJ dapat menukarkan pinjaman wang Kerajaan Negeri kepada geran?

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil 37/2013 pada 4 Disember 2013 telah meluluskan menggunapakaiGaris Panduan Tatacara Pembiayaan BaikPulih Cerun di mana bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat dengan Projek Penstabilan Cerun di atas tanah Kerajaan Negeri melalui pinjaman peruntukan Kerajaan Negeri boleh mengemukakan kertas ringkasan untuk memohon pengecualian bayaran faedah atau pengecualian bayaran balik pinjaman yang diberikan,

  2. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah tanah runtuh dan penyelenggaraan cerun bukit, terutamanya di DUN Teratai?

    MPAJ telah melaksanakan perekayasaan proses dan prosedur kerja (BPR) pada 3 Disember 2009 dengan menubuhkan Bahagian Cerun MPAJ. Antara skop kerja utama Bahagian Cerun MPAJ adalah membuat pemantauan dan pemeriksaan berkaitan semua cerun-cerun yang berada di seluruh kawasan MPAJ.

    Inventori cerun di kawasan Teratai pada ketika ini adalah sebanyak 53 cerun meliputi 39 cerun  di dalam tanah kerajaan dan 14  di kawasan milik persendirian/syarikat.

    Berdasarkan pemantauan, MPAJ telah mengenal pasti beberapa lokasi cerun yang perlu dibuat pengukuhan cerun bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya kegagalan cerun. Pihak MPAJ telah mengemukakan permohonan peruntukan kepada mesyuarat MTES pada 12 Disember 2012 berkaitan cadangan kerja-kerja pengukuhan.

    Permohonan tersebut telah diluluskan dalam bentuk pinjaman dan kini kerjakerja penstabilan cerun telah siap sepenuhnya. Sila rujuk Lampiran 1.

    Bil Lokasi Kos

    Rundingan(RM)

    Kos Pembaikan (RM) Tarikh Mula/Siap Status Di Tapak
    1. Sebahagian Lot

    27383, Jalan Melati 1,

    Berhampiran Bulatan

    Taman Seraya,

    Taman Bukit Permai, Selangor Darul Ehsan.

    RM 178,222.55 Perunding:

    Kumpulan

    IKRAM Sdn Bhd

    RM 202,100.00 Kontraktor :

    Paksi Bumi

    Niaga

    Tarikh mula : 12 Ogos 2013

    Tarikh siap : 25 Nov

    2013

    100% siap

    LAMPIRAN 1

Lampiran

Tiada Lampiran.