Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

43) PINJAMAN SUKUK

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membenarkan Menteri Besar Selangor (Incorporated) MBI melakukan pinjaman sukuk dan apakah strategi untuk memuktamadkan terbitan sukuk tersebut?

    MBI Selangor ditubuhkan di bawah Enakmen Menteri Besar Selangor (Enakmen No. 3 Tahun 1994) pada 21 September 1994.

    MBI Selangor berfungsi sebagai badan yang mentadbir aset dan pelaburan Kerajaan Selangor, dan mewakili Selangor dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor.

    Sejajar dengan objektif penubuhan MBI iaitu mentadbir aset dan pelaburan Kerajaan Negeri, sebarang aktiviti berkaitan pinjaman dilaksanakan di peringkat anak-anak syarikat milikannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.