Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

32) PINJAMAN RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pemohon Rumah Selangorku yang gagal disebabkan tidak berjaya membuat pinjaman?

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah permohonan Rumah Selangorku yang gagal disebabkan tidak berjaya membuat pinjaman perumahan adalah seramai 8,770 pemohon daripada 17,546 yang layak ditawarkan Rumah Selangorku dari tahun 2012 sehingga

  2. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memudahkan proses pinjaman kepada pemohon Rumah Selangorku?

    Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan dengan pihak Bank Kerjasama

    (M) Rakyat Berhad bagi membantu dan memudahkan pemohon-pemohon untuk mendapatkan pinjaman dengan penyediaan pinjaman 100% kepada peminjam yang berkelayakan. Ini mengambil kira keperluan bayaran deposit sebanyak 10% yang diperlukan oleh pemohon dan kelayakan jumlah pinjaman yang dibenarkan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mengadakan perbincangan dengan pihak Bank Negara dimana pihak Bank Negara bersedia memberi program khidmat nasihat di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui Program Pengurusan Kredit bagi tujuan penstrukturan semula pembiayaan pinjaman pemohon. Ini bagi memudahkan pinjaman perumahan diberikan pertimbangan semula daripada pihak bank setelah penstrukturan semula dibuat termasuk isu berkaitan pinjaman pelajaran PTPTN, kredit kad dan sebagainya.

    Kerajaan Negeri juga telah menyediakan satu insiatif bagi membantu pemohon yang gagal mendapatkan pinjaman perumahan di bawah Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana-Sel) yang berkonsepkan sewa dan milik bagi membantu rakyat Selangor membeli Rumah Selangorku Jenis A. Kerajaan Negeri melalui anak syarikat LPHS iaitu syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) akan menguruskan skim ini melalui kaedah pembiayaan yang merupakan satu bentuk penyewaan jangka panjang bagi membolehkan pemohon bertukar status daripada penyewa kepada pemilik rumah dalam tempoh yang telah

    dipersetujui dengan mematuhi semua terma-terma Perjanjian Penyewaan dan Pemilikan.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga menawarkan Skim Pembiayaan ‘Selangor Smart Home Buyers’ kepada pembeli rumah pertama yang ditawarkan Rumah Selangorku. Melalui Skim ini, Kerajaan Negeri akan menyediakan bayaran pendahuluan sebanyak 10% daripada harga rumah dan pembeli perlu mendapatkan pembiayaan selebihnya daripada pihak bank. Peruntukan sebanyak RM10 juta setahun yang dijangkakan akan melibatkan 500 hingga 800 orang pemohon berdasarkan harga Rumah Selangorku yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri dalam proses mengenal pasti mekanisma penawaran terbaik sebelum Skim ini ditawarkan kepada orang awam.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.