Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

143) PINJAMAN RM80 JUTA KEPADA PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pinjaman RM80 juta telah diberi kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi pengambilan tanah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk tujuan Pembangunan Projek Datum In-City. Apakah perkembangan terkini pengambilalihan ini dan adakah PKNS mula membayar balik kepada kerajaan negeri?

    Pengambilan tanah MBPJ kini sedang dalam proses menandatangani perjanjian  oleh pihak MBPJ dan dijangka selesai sebelum 11 April 2014. Selepas perjanjian dimuktamadkan, MBPJ akan menyerahkan tanah tersebut kepada  PKNS  pada 1 Jun 2014.

    Pinjaman RM80 juta ini masih belum diterima oleh PKNS daripada Kerajaan Negeri kerana menunggu selesainya proses menandatangani perjanjian di antara PKNS dan MBPJ dimeterai.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.