Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

249) PINJAMAN PERUMAHAN DANASEL

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila perjelaskan bila dan apakah matlamat utama DANASEL ditubuhkan ?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (DANA-SEL) Konsep Sewa dan Milik telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke-37/2014 dan telah dilancarkan pada Disember 2014. Matlamat utama penubuhan Skim DANA-SEL ini adalah bertujuan untuk membantu golongan yang tidak layak mendapat pinjaman daripada pihak bank untuk pembelian rumah kos rendah.

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan untuk tujuan tersebut ?

    Jumlah peruntukan yang disalurkan untuk Skim DANA-SEL adalah berjumlah RM10 juta.

     

  3. Sila senaraikan butiran terperinci mengenai kriteria yang dikenakan bagi memperolehi Pinjaman DANASEL ?

    Kriteria pemohon yang layak ditawarkan Skim DANA-SEL adalah seperti berikut:

    • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
    • Pemohon hendaklah terdiri daripada senarai Peneroka Bandar yang berdaftar dengan LPHS. Senarai nama ini hendaklah disaring dan disahkan oleh pihak LPHS;
    • Tidak layak membuat pinjaman bank. Pemohon mempunyai pendapatan tidak tetap, tidak mempunyai penyata pendapatan, direkodkan dalam CCRIS dan CTOS dan lain-lain;
    • Pendapatan kasar seisi rumah minima RM1,000.00 sebulan;
    • Pembelian hendaklah rumah pertama bagi kategori kediaman kos rendah untuk didiami; dan
    • Berkeupayaan membayar sewa iaitu pembayaran bulanan tidak melebihi 40% dan pembayaran bulanan kesemua pinjaman tidak melebihi 65% daripada pendapatan kasar.

Lampiran

Tiada Lampiran.