Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
242) PINJAMAN PERUMAHAN DANA-SEL
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah peserta yang berjaya memperolehi pinjaman DANA-SEL mengikut kaum dan pecahan daerah.
Untuk makluman Yang Berhormat, projek perintis bagi Skim DANA-SEL melibatkan 2 projek iaitu RKR Rimba Jaya dan RKR Sg. Sering. Setakat ini seramai 96 orang Peneroka Bandar telah panggil untuk hadir temuduga Bagi projek RKR Rimba Jaya Walau bagaimanapun, hanya 71 orang sahaja yang hadir dan daripada jumlah tersebut 51 orang didapati layak untuk ditawarkan menyertai skim ini. Manakala bagi projek RKR Sg. Sering pula pelaksanaan skim ini terpaksa ditangguhkan sehingga kes saman yang dikemukakan oleh pemaju Triump City Sdn. Bhd. terhadap Kerajaan Negeri selesai. Ini adalah kerana pemaju berkenaan telah bertindak membekukan penjualan unit-unit mereka.
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan untuk tujuan tersebut?
Jumlah peruntukan yang disalurkan untuk skim DANA-SEL adalah sebanyak RM10
-
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai kriteria yang dikenakan untuk memperolehi Pinjaman DANA-SEL
Untuk makluman Yang Berhormat, kriteria yang dikenakan untuk memperolehi Pinjaman DANA-SEL adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
- Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dan sebagainya;
- Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah/sederhana;
- Untuk didiami;
- Pendapatan kasar minima RM1,000 sebulan;
- Pembayaran bulanan pinjaman perumahan tidak melebihi 40% daripada pendapatan kasar;
- Pembayaran bulanan kesemua pinjaman tidak melebihi 65% daripada pendapatan kasar; dan
- Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan