Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
243) PINJAMAN PENGURUSAN INPENS
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Perbendaharaan Negeri Selangor di muka surat 8: Apakah sebab-sebab surat peringatan berkala bagi pengurusan kutipan balik pinjaman INPENS tidak dikeluarkan?
Surat peringatan, penyata tunggakan serta tindakan sehingga ke CTOS kepada bekas- bekas pelajar INPENS yang tidak menjelaskan langsung pinjaman pelajaran mereka kepada INPENS telah dilaksanakan semenjak dahulu. Kesan positif adalah jumlah pembayaran balik oleh bekas pelajar bagi tempuh Januari 2005 sehingga Disember 2010 adalah RM1.26
-
Mengapakah jumlah baki pinjaman boleh dituntut tidak dapat ditentukan?
- Jumlah baki pinjaman boleh dituntut sehingga 31/12/2010 adalah RM3.9 juta daripada jumlah baki pinjaman asal RM5.1 juta. Hutang yang tidak dapat dituntut setelah mengambil kira tempuh yang terlalu lama tanpa apa-apa maklum balas walaupun setelah tindakan CTOS dikenakan kepada bekas pelajar
-
Apakah langkah-langkah untuk mendapatkan balik pinjaman tertunggak?
- Langkah-langkah yang telah dan sedang diambil untuk mendapatkan semula baki pinjaman
- Memberi tumpuan kepada pinjaman kurang 5 tahun, disusuli usia pinjaman yang lain.
- Menghantar surat tuntutan, peringatan berterusan sehingga ke
- Berbincang tentang kaedah, jadual pembayaran balik yang bersesuaian dengan kemampuan bekas
- Sijil-sijil asal bekas pelajar juga tidak akan diberi sehingga baki pinjaman keseluruhan dijelaskan