Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
304) PINJAMAN PENGAJIAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan pinjaman kepada yang layak. Sejak diperkenalkan, berapakah tunggakan hutang yang belum dijelaskan oleh peminjam
Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor telah ditubuhkan pada tahun 1987 berpandukan kepada “State of Selangor Enactment No. 4 of 1949 (Enakmen Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (Pindaan) 2001). Peruntukan tahunan adalah di bawah pembiayaan Kerajaan
Sehingga Oktober 2014 tunggakan hutang pinjaman pelajaran adalah sebanyak
RM12.61 juta yang melibatkan peminjam tahun 1995 sehingga kini.
-
Apakah kaedah yang digunakan untuk menuntut hutang tersebut
- Kaedah yang digunakan untuk mengurangkan tunggakan pinjaman adalah seperti berikut:
- Surat Berdaftar;
- Surat Peringatan Pertama;
- Surat Peringatan Kedua;
- Notis Tanpa Prejudis; dan
- Notis Penyenaraian Hitam (RAMCI).
-paparan maklumat peminjam dan penjamin di institusi kewangan.
Selain daripada kaedah di atas, Pentadbiran ini juga membuat pencarian melalui:
- Panggilan Telefon/Pesanan Ringkas;
- Semakan maklumat peminjam melalui senarai perjawatan kakitangan awam yang berkhidmat di Negeri Selangor (pinjaman kepada anak-anak kakitangan);
- Semakan maklumat peminjam melalui aplikasi Human Resource Management Information System (HRMIS); dan
- Semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Kaedah yang digunakan untuk mengurangkan tunggakan pinjaman adalah seperti berikut:
-
Adakah kerajaan bercadang untuk melupuskan hutang tersebut.
- Buat masa ini Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk melakukan kutipan balik terhadap pinjaman-pinjaman tersebut sesuai dengan kontrak atau perjanjian asal yang dipersetujui kedua belah
Walau bagaimanapun, Kerajaan akan giat melaksanakan hebahan tentang manfaat “Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah“ yang kurang diketahui oleh para peminjam.
Program Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ini membolehkan penerima pinjaman pelajaran yang telah menamatkan pengajian selepas 31 Disember 2002 dengan perolehan CGPA / PNGK 3.20 ke atas mengurangkan bayaran pinjaman mereka mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.