Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

61) PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakag jumlah tunggakan pinjaman pendidikan yang masih ada dengan Yayasan Selangor?

    Jumlah tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor ketika ini adalah berjumlah RM5,833,414.39.

  2. Berapakah jumlah bilangan peminjam yang gagal membayar pinjaman tersebut?

    Jumlah peminjam yang terlibat adalah seramai 819 orang. Namun demikian, peminjam-peminjam berkenaan masih membayar ansuran bulanan bayaran balik mengikut kemampuan masing-masing.

    Jumlah peminjam tegar (tiada melaksanakan sebarang pembayaran) adalah berjumlah 17 orang dengan jumlah tunggakan sebanyak RM198,022.90

  3. Apakah tindakan undang-undang akan atau telah diambil untuk memulihkan tunggakan tersebut?

    Tindakan Tindakan undang-undang telah diamalkan sebelum ini bagi memulihkan tunggakan, tetapi kurang berkesan dan meningkatkan beban kewangan terhadap peminjam. Sehubungan itu, bermula 2021, kaedah penyenaraian peminjam dan penjamin di Credit Tip-Off Service (CTOS) dimulakan selain penggunaan Ejen Kutipan Hutang.

Lampiran

Tiada Lampiran.