Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

53) PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa ramaikah pelajar yang telah ditukar dari pinjaman kepada biasiswa penuh sejak 5 tahun lepas?

    Bilangan pelajar yang ditukar Pinjaman kepada Biasiswa Penuh adalah seperti berikut:-

    Tahun Bil. Pelajar Jumlah Pinjaman Dilupuskan
    2018 0 0.00
    2019 3 46,123.00
    2020 2 42,000.00
    2021 20 430,520.00
    2022 32 642,000.00
    Jumlah 57 1,160,643.00
  2. Apakah Yayasan Selangor berhasrat untuk mengubah syarat biasasiswa bagi meringankan beban pelajar b40?

    Syarat-syarat Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Selangor masih dikekalkan dan ditambah baik dengan syarat:-

    1. Tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda
    2. Pelajar yang memiliki rekod peminjam di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda digabung jumlah pinjaman. Jumlah pemberian Biasiswa Penuh akan diberikan tertakluk kepada kelulusan akademik Ijazah Sarjana Muda Kelas pertama.
    3. Keputusan akademik dengan pencapaian Ijazah Kelas Pertama atau CGPA 3.75 ke atas.
    4. Pelajar dalam lulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan/Pembedahan atau yang Setaraf dengan kelulusan akademik LULUS

Lampiran

Tiada Lampiran.