Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

118) PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan butiran terperinci mengenai jumlah pelajar yang memohon dan berjaya mendapat pinjaman tersebut sejak 5 tahun yang lalu mengikut pecahan kaum ?

    Bagi tempoh lima (5) tahun terkini, statistik permohonan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor mengikut pecahan kaum adalah seperti berikut:

    TAHUN BUMIPUTRA CINA INDIA JUMLAH KESELURUHAN
           
           
    DiTawarkan Menerima DiTawarkan Menerima DiTawarkan Menerima DiTawarkan Menerima
    2006 310 260 50 38 43 34 403 332
    2007 488 401 42 20 27 22 557 443
    2008 703 668 25 15 31 24 759 707
    2009 845 705 33 17 58 37 936 759
    2010 1,098 971 23 19 54 27 1,175 1,017
  2. Sila nyatakan berapakah jumlah maksimum skim pinjaman tersebut dan apakah kriteria yang ditetapkan ?

    Jumlah Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang diberikan kepada setiap pemohon adalah mengikut peringkat pengajian pemohon di IPT yang telah ditetapkan oleh Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (LTKWBNS) adalah seperti berikut:

    BIL. JENIS PENGAJIAN KADAR TAJAAN (SETAHUN)
    1. Sijil (Tenaga Mahir) RM4,000.00
    2. Sijil (Politeknik) RM4,000.00
    3. Diploma (Pelbagai) RM4,900.00
    4. Ijazah (Pelbagai) RM6,500.00
    5. Ijazah (Perubatan) RM7,000.00

    Selain itu juga, bagi kriteria dan syarat-syarat kelayakan permohonan bagi pelajar mendapat Tajaan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    • Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    • Pemohon lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau
    • Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor

    Seterusnya, syarat minima kelayakan akademik bagi pemohon-pemohon yang melanjutkan pengajian di IPTA/ IPTS dalam negara telah ditetapkan seperti berikut:

    Peringkat Pengajian Kelayakan Akademik
    Ijazah Pertama •      Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas/ PraIjazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau

    •      Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM; atau

    •      Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STAM.

    Diploma •      Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM; atau

    •      Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan

    PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

    Sijil IPTA  Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM.
    Sijil IPTS

    (bidang kemahiran & teknikal sahaja)

     Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM;
  3. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan masih terdapat dakwaan kononnya wujud unsur-unsur diskriminasi dalam proses kelulusan pinjaman tersebut ?

    Bagi memastikan tiada berlaku unsur-unsur diskriminasi dalam proses pinjaman pelajaran Negeri Selangor Urus Setia telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan maklumat berkaitan kemudahan skim pembiayaan pelajaran ini diketahui oleh rakyat seterusnya menggalakkan lebih banyak lagi permohonan, Urus Setia LTKWBNS telah melaksanakan proses hebahan/ makluman apabila tawaran mula dibuka sebanyak dua (2) kali setahun melalui kaedah seperti berikut:

    • Menyiarkan iklan tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor melalui akhbar-akhbar utama tempatan berbahasa Melayu, Cina dan Tamil;
    • Menyiarkan iklan tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor melalui laman web rasmi kerajaan Negeri Selangor iaitu; selangor.gov.my;
    • Mengemukakan surat hebahan/ makluman kepada IPT, sama ada IPTA atau IPTS melalui pihak Hal Ehwal Pelajar masing-masing; dan
    • Mengemukakan surat hebahan/ makluman kepada Jabatan/ Agensi dibawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor serta semua Pusat Khidmat Masyarakat/ Pusat Khidmat DUN.

    Selain itu juga, Sistem pemarkahan secara berkomputer juga telah dilaksanakan bagi memastikan pelajar yang berkelayakan sahaja yang ditawarkan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor dan ahli panel temuduga yang dilantik juga adalah dari kalangan Ahli Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor dan juga pegawai-pegawai kerajaan. Setakat ini, tiada sebarang penetapan kuota berdasarkan kaum bagi tawaran pinjaman pelajaran yang disediakan dan syarat-syarat kelayakan sedia ada adalah berdasarkan syarat-syarat yang terkandung di dalam Enakmen Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (Pindaan) 2001.

Lampiran

Tiada Lampiran.