Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

23) PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah permohonan, penerima dan penolakan pinjaman tersebut pada tahun 2015?

    Jumlah permohonan, penerima dan penolakan pinjaman pelajaran pada tahun 2015 adalah seperti berikut:

    • Permohonan : 3,600 orang
    • Bilangan penerima : 1,450 orang
    • Bilangan permohonan yang ditolak : 2,015 orang

     

  2. Nyatakan jumlah pinjaman yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2015?

    Jumlah pinjaman pelajaran yang telah diluluskan adalah berjumlah 6 juta bagi pembiayaan 1,450 pelajar pada tahun 2015 sehingga tamat pengajian.

Lampiran

Tiada Lampiran.