Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
163) PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan bilangan pelajar yang menerima pinjaman pelajaran Kerajaan Negeri pada 2022 dan jumlahnya?
Terdapat 2 jenis Pinjaman Pelajaran yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepda anak-anak Selangor iaitu Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara dan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara. Bagi tahun 2022, sebanyak 506 orang pelajar telah ditawarkan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara dan 47 orang pelajar telah ditawarkan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara.
-
Nyatakan statistik pembayaran semula pinjaman pelajaran Kerajaan Negeri sehingga kini?
Statistik pembayaran semula pinjaman pelajaran Kerajaan Negeri bagi tempoh 4 tahun seperti berikut :-
TAHUN JUMLAH TERIMAAN BAYARAN BALIK (RM)
**2023 **1,594,406.73
2022 13,542,814.81
2021 12,295,953.45
2020 9,507,823.13
**sehingga Feb 2023