Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
149) PINJAMAN MIKROKREDIT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah skim pinjaman mikrokredit ini akan dilaksanakan dan badan pelaksana manakah yang bertanggung jawab terhadap pemprosesan permohonan untuk skim mikrokredit?
Skim pinjaman mikro kredit dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada penghujung
bulan Julai 2010. Satu sekreteriat telah ditubuhkan di bawah Menteri Besar
Pemerbadanan (MBI) iaitu agensi yang bertanggungjawab terhadap pemprosesan
pemakanan skim mikrokredit. -
Apakah sistem agihan yang digunakan bagi memastikan bahawa pinjaman ini sampai kepada mereka yang layak mengikut syarat yang telah ditetapkan?
Syarat – syarat kelayakan untuk memohon pinjaman mikrokredit adalah seperti
berikut;
i) Pendapatan isi rumah kurang dari RM1,500.00
ii) Berumur tidak melebihi 65 tahun
iii) Tidak memiliki aset yang melebihi RM50,000.00
iv) Warganegara Malaysia dan telah bermastautin di Selangor selama 10 tahun
v) Mempunyai rancangan perniagaan yang boleh menjana pendapatanJenis-jenis pembiayaan modal dan tempoh bayaran balik yang dicadangkan:
Pembiayaan
Jumlah
Pembiayaan
(RM)
Tempoh
Bayar Balik
(minggu)
Keterangan
Ehsan 2,000 – 3,000 48 Pembiayaan pertama peserta
baru.
Aman 3,001 – 5,000 96 – 144 Ditawarkan kepada peserta yang
telah mengambil Pembiayaan
Ehsan dan menunjukkan prestasi
projek ekonomi yang cemerlang.
Makmur 5,001 – 20,000 96 – 192 Pembiayaan untuk peserta yang
berjaya mencapai tahap
usahawan kecil dan sederhana.
Jenis pembayaran balik skim mikro kredit ini adalah secara mingguan di mana setiap
minggu pegawai yang ditugaskan akan berjumpa dengan peminjam untuk membuat
kutipan bayaran ansuran. -
Selain meminjamkan wang, apakah program yang akan dilaksanakan di bawah skim pinjaman mikro kredit ini bagi memperdayakan peminjam-peminjam?
Untuk menjayakan skim mikrokredit Selangor, pengalaman AIM dan Bank Grameen
di Bangladesh menunjukkan bahawa latihan merupakan faktor terpenting dalam
menjayakan skim ini. Dicadangkan supaya modul latihan yang komprehensif
dibentuk merangkumi latihan pegawai dan kakitangan agensi pengendali dan latihan
para peminjam (sahabat) di berbagai-bagai peringkat. Modul latihan TQHS akan
dirangka kemudian oleh pihak pengurusan.