Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

256) PINJAMAN MIKRO KREDIT DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah skim di atas akan dilaksanakan?

    Yayasan Dar Al Qard Al Hasan : Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL) telah ditubuhkan pada 8hb Julai 2010 dan di daftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia  dengan nombor pendaftaran  907361-A. Yayasan Dar Al

    Qard Al Hasan adalah sebuah government link company (GLC)  kerajaan Negeri Selangor. Perlaksanaan program SKIMSEL telah dilancarkan di daerah pertama operasinya iaitu Daerah Sabak Bernam pada 2 September 2010. Operasi bagi daerah-daerah berikutnya iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang mula beroperasi pada Oktober 2010 dan dijangka beroperasi penuh pada November 2010.

     

  2. Siapakah yang berhak mendapat pinjaman berkenaan?

    Antara syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan skim ini adalah seperti berikut:

    1. Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 65 tahun.
    2. Isi rumah berpendapatan RM1,500.00 sebulan atau RM350.00 perkapita.
    3. Taraf bermastautin di Selangor melebihi 2 tahun.
    4. Memiliki aset tidak melebihi RM50,000.00

     

  3. Apakah syarat-syarat dikenakan?

    Syarat-syarat yang dikenakan adalah seperti berikut:

    SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

    • Pembiayaan tanpa cagaran dan penjamin.
    • Caj pembiayaan 8% setahun.
    • Bersetuju membentuk kumpulan 5 orang ahli dan menjalani latihan wajib selama 3 hari (2 jam sehari).
    • Bersetuju menubuhkan pusat dan menabung ke dalam Tabung Kumpulan sebanyak RM5.00 seminggu.
    • Menghadiri mesyuarat pusat setiap minggu dan membayar balik pembiayaan secara mingguan.
    • Mencarum Takaful Kredit
    • Bersetuju menyumbang deposit security tiga minggu dari pembiayaan ke dalam Tabung Kumpulan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.