Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
207) PINJAMAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR SDN BHD
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pinjaman mudah yang telah diberikan oleh Kerajaan pada Tahun 2016 dan 2017 kepada KUIS?
Kerajaan Negeri amat prihatin dalam memastikan pelajar di bawah Institusi Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri mendapat kemudahan dan pendidikan yang setaraf dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang lain. Justeru, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dengan memberi pinjaman kepada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebanyak RM48,544,150.00.
-
Sila menyatakan tujuan dan sebab-sebab pinjaman.
Pinjaman ini adalah bertujuan untuk melaksanakan pembinaan infrastruktur baru, menaik taraf serta membaik pulih infrastruktur sedia ada di KUIS. Antara pembinaan infrastruktur dan kerja-kerja naik taraf yang sedang dilaksanakan ialah pembinaan ruang akademik baharu tambahan, Kompleks Perpustakaan baharu, pembinaan Stadium mini, membaik pulih asrama kediaman dan menaik taraf infrastruktur
-
Tempoh pembayaran balik kepada Kerajaan.
Pinjaman ini tidak dikenakan sebarang caj pembiayaan. Bayaran balik akan dikutip dalam tempoh setahun selepas pinjaman disalurkan sepenuhnya kepada KUIS (full disbursement), dengan ansuran bayaran selama 15