Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
267) PINJAMAN KDEB RM432 JUTA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah status terkini pinjaman tersebut ?
Pinjaman kepada KDEB bagi pengambilalihan KHSB adalah sebanyak RM413.2 juta dan bukan sebanyak RM423 juta.
Pada 13 November 2014, KDEB telah membentangkan cadangan penangguhan dan penyelesaian pinjaman Kerajaan Negeri sebanyak RM413.20 juta kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (“MTES”) yang mana cadangan adalah seperti berikut:-
- Pembayaran balik pinjaman sebanyak RM5.0 juta oleh KDEB pada 28 November 2014; dan
- Pembayaran balik baki pinjaman sebanyak RM408.2 juta berserta faedah akan ditangguhkan selama satu tahun sehingga 28 November 2015 bagi membolehkan KDEB meneruskan pelan pengambilalihan 100% kepentingan ekuiti di dalam KHSB.
Berikutan daripada pembentangan tersebut, MTES secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan penangguhan dan penyelesaian pinjaman sebanyak RM413.20 juta seperti di atas.
Bagi mengurangkan risiko KNS berkenaan pembayaran balik pinjaman, KDEB telah mencadangkan kepada MTES untuk mencagarkan baki saham-saham KHSB yang bebas dari cagaran sebanyak 371,502,285 unit saham iaitu bersamaan 82.56% ekuiti saham di dalam KHSB sebagai sekuriti kepada pinjaman dari KNS. Berikutan itu, KNS akan mempunyai cagaran bernilai RM297.2 juta berdasarkan nilai aset sesaham KHSB sebanyak RM0.80 sesaham pada 31 Disember 2013 bersamaan lebih kurang 72% daripada nilai baki pinjaman.
-
Sila senaraikan butiran terperinci jadual bayaran balik pinjaman KDEB kepada Kerajaan Negeri ?
Butiran terperinci bayaran balik pinjaman KDEB kepada Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:-
Bayaran sediada Cadangan bayaran an sekali gus RM413.20 juta RM5.0 juta pada 28 pada 28 November 2014 November 2014. Baki sebanyak RM408.20 juta pada 28 November 2015. -
Sila perjelaskan setakat manakah pencapaian sasaran dan objektif Pinjaman tersebut ?
Berkenaan pencapaian sasaran dan objektif pinjaman tersebut, sehingga 31 Oktober 2014 KDEB telah mengambilalih 94.80% pegangan saham KHSB. KDEB masih meneruskan objektifnya untuk mengambilalih 100% kepentingan di dalam KHSB. Setelah pemilikan 100% ekuiti KHSB Berjaya dilakukan, KDEB akan lebih mudah untuk melaksanakan rancangan rationalisasi dan penyusunan semula perniagaan, operasi, serta aset-aset milik KHSB.