Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
172) PINJAMAN DAN BIASISWA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pinjaman dan biasiswa pelajaran dilaksanakan melalui Program Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang diuruskan oleh Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Apakah syarat layak memohon pinjaman dan biasiswa?
- Syarat kelayakan memohon pinjaman adalah seperti di Lampiran I. Manakala bagi pinjaman pelajaran yang ditukar kepada biasiswa adalah seperti di Lampiran II.
-
Nyatakan jumlah pinjaman dan biasiswa yang diberikan kepada seorang pelajar?
- Kadar Pinjaman Pelajaran adalah seperti berikut:
Peringkat Pengajian Kadar Pinjaman (Setahun) Ijazah (Perubatan) RM 7,000 Ijazah (Lain-lain) RM 6,500 Diploma RM 4,900 Sijil RM 4,000 -
Berapakah peratusan pelajar yang tidak melakukan pembayaran semula pinjaman selepas tamat pengajian dan bagaimanakah cara mengatasinya?
Pecahan pelajar yang gagal membuat bayaran balik sehingga Oktober 2013 seperti berikut:
Tahun Mula Membayar Bil. Pembayar Baru Gagal Membayar 2013 998 224 2012 1142 208 2011 940 67 2010 942 42 JUMLAH 4,930 541 Cara mengatasi pelajar yang tidak melakukan pembayaran adalah seperti berikut:
Proses Mengutip Tempoh Masa Surat Berdaftar 6 bulan dari tamat pengajian Penyata Kewangan 2 kali setahun Telefon/Pesanan Ringkas – Surat Peringatan 1 3 bulan dari surat berdaftar Surat Peringatan 2 3 bulan dari surat peringatan 1 Notis Tanpa Prejudis 3 bulan surat peringatan 2 Notis Penyenaraian Senarai Hitam(RAMCI) 3 bulan surat notis tanpa prejudis Letter of Demand melalui panel peguam 1 bulan notis penyenaraian senarai hitam Saman kepada peminjam tegar – LAMPIRAN I
Syarat-Syarat Permohonan Keterangan Kelahiran
· Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau · Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
· Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
Peringkat Pengajian
· Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon); Penajaan
· Pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja; Pencapaian Akademik
· Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan; Tahun Pengajian
· Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian/ diberi tempoh pelanjutan pengajian. LAMPIRAN II
- Pemohon merupakan peminjam yang telah menamatkan pengajian mengikut tempoh masa yang ditetapkan;
- Pemohon merupakan peminjam di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda;
- Pemohon memperoleh CGPA/PNGK 3.75 ke atas; dan
- Pemohon telah menerima Transkrip Rasmi keputusan keseluruhan pengajian berserta Sijil Kelulusan Senat daripada IPT dan menghantar dokumen tersebut di