Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
56) PINJAMAN BOLEH UBAH DALAM NEGARA (PBUDN)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan PBUDN Kerajaan Selangor dan jumlah penerima yang telah berjaya mendapat pinjaman dalam tahun 2023?
Peruntukan tahunan untuk Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara adalah sebanyak RM8 juta setahun. Walau bagaimanapun berikutan jumlah permohonan luar biasa pada tahun 2023, Kerajaan Negeri melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan tambahan di mana jumlah keseluruhan peruntukan untuk tahun 2023 adalah sebanyak RM25 juta. Seramai 2,373 orang pelajar yang telah ditawarkan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara berbanding peruntukan asal sebanyak 1000 orang sahaja.
-
Berapakah yang yang telah memohon dan berapakah jumlah pelajar layak tetapi ditolak kerana peruntukan yang tidak mencukupi?
Seramai 6,173 orang telah memohon Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara pada tahun 2023. Manakala seramai 2,373 telah ditawarkan dan seramai 3,800 orang yang ditolak susulan peruntukan yang terhad dan tidak memenuhi syarat.
-
Adakah peruntukan untuk PBUDN dinaikan setiap tahun dan jumlah pelajar yang berjaya ditambah setiap tahun? Berikan butiran jumlah pelajar yang berjaya bermula tahun 2018 hingga 2023.
Secara umumnya, peruntukan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara ditetapkan sebanyak RM8 juta setahun yang mensasarkan seramai 1,000 penerima baharu setiap tahun. Selain itu, peruntukan ini juga akan membiayai program-program lain seperti biasiswa Dato’ Menteri Besar Selangor, Program Biaisiswa Huffaz dan pelajar sedia ada PBUDN. Berikut merupakan butiran penerima Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara bagi tahun 2018 hingga 2023:
TAHUN BILANGAN PENERIMA
(ORANG)
2018 1,179
2019 1,106
2020 519
2021 436
2022 507
2023 2,373