Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

60) PINDAH MILIK TANAH

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan urusan pertukaran hak milik tanah di Pejabat-pejabat Tanah Negeri dan di Pejabat Tanah Galian Selangor?

    Terdapat beberapa urusan pertukaran hakmilik tanah di Pejabat –Pejabat Tanah Daerah dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor.  Antaranya adalah seperti yang berikut :-

    1. Kebenaran Pindahmilik
    2. Pendaftaran Pindahmilik Tanah (Landed Property)

    Urusan pendaftaran Pindahmilik Tanah (PMT) telah dilaksanakan dalam tempoh satu hari bermula 1 Mac 2010 di kesemua Pejabat-pejabat Tanah Daerah dan di Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

    Antara langkah yang diambil bagi mempercepatkan urusan dan mencapai piagam satu hari adalah

    a) Caj Nominal Fee RM 20.00

    Kaedah ini telah dilaksanakan pada 1 April 2010 dengan tujuan bagi menyelesaikan masalah perserahan yang tidak lengkap iaitu dengan membuat pendaftaran TOLAK.  Dengan mengenakan caj nominal fee RM 20.00 untuk pendaftaran semula, proses ini dapat  mengelakkan tunggakan

    Pendaftaran sekali gus mempercepatkan proses pendaftaran sejajar dengan Pendaftaran Pindah milik Tanah satu hari.

    Pendaftaran e-Wakil

    1. Membolehkan pengesahan identiti wakil-wakil firma guaman dan syarikat kurier yang boleh berurusan dengan Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pejabat-Pejabat Tanah Daerah Negeri Selangor.
    2. Membolehkan pemberitahuan mengenai garis panduan berkenaan tatasusila semasa berurusan di kaunter PTGS/ PTD
    3. Meningkatkan tahap keselamatan sedia ada dan mengurangkan sebarang kes penipuan.
    4. Status Semakan Secara ‘ONLINE’

    Membolehkan status permohonan  urusniaga dan bukan urusniaga disemak melalui nombor perserahan SPTB secara ‘online’ melalui laman web

    • Membolehkan status pungutan Hakmilik juga boleh disemak secara ‘online’ melalui laman web PTGS.
    • Sistem Pungutan
      1. Membolehkan semua pengeluaran Hakmilik dan Suratcara di rekod melalui sistem sekaligus memudahkan carian dan mengelakkan kehilangan dokumen.
      2. Membolehkan pengiraan denda ‘storage fee’.
    • Membolehkan dokumen dapat disediakan untuk dipungut dalam masa tujuh (7) hari selepas tarikh pendaftaran.
    • Pendaftaran Pindahmilik Tanah (Strata Title)

    Permohonan Pindahmilik Tanah melibatkan hakmilik strata pada masa sekarang adalah berdasarkan kepada piagam  pelanggan iaitu selama tiga bulan berdasarkan kaedah kerja yang masih bergantung kepada sistem manual.  Pejabat Tanah dan Galian Selangor  telah mengambil inisiatif dengan membangunkan sistem pendaftaran strata berkomputer sepertimana  Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) yang diguna pakai bagi hartanah (landed Property) yang sedia ada sekarang.

    Untuk makluman sistem tersebut dalam proses percubaan dan dijangkakan akan beroperasi pada bulan Mei sistem ini akan mula diguna pakai.  Berkaitan dengan tempoh pindahmilik strata setelah sistem ini dilaksanakan sepenuhnya, dijangkakan prosesnya akan sama seperti sistem SPTB sedia ada.

    • Pertukaran hakmilik daripada Hakmilik Sementara kepada Hakmilik

    Kekal

    Piagam sedia ada bagi proses pertukaran hakmilik sementara (QT) kepada hakmilik Muktamad (FT) selama sebulan.  Bagi mempercepatkan urusan pertukaran hakmilik QT kepada FT, langkah-langkah yang dikenal pasti adalah :

    1. Pelan Akui dan Hakmilik Muktamad terus dikeluarkan bagi setiap pendaftaran hakmilik baru tanpa mengeluarkan hakmilik sementara.
    2. Permohonan Permintaan Ukur (P.U) secara online dan menetapkan Piagam Pelanggan seperti urusan Pindahmilik 1 Hari antara Pejabat Tanah/Daerah dan pihak JUPEM.
    3. Mengurangkan jangka masa Piagam Pelanggan dari peringkat awal permohonan sehingga pendaftaran hakmilik tetap iaitu dari proses melengkapkan permohonan, penyediaan Permintaan Ukur (PU), penyediaan Pelan Akui (P.A) sehingga pendaftaran hakmilik tetap.

Lampiran

Tiada Lampiran.