Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

233) PINDAAN RANCANGAN TEMPATAN PBT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah panduan dan peraturan zoning dalam Rancangan Tempatan PBT?

    Ahli-ahli Yang Berhormat, Rancangan Tempatan merupakan suatu dokumen yang mengandungi peta cadangan dan pernyataan bertulis yang menerangkan dengan terperinci cadangan-cadangan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan berkenaan. Kebiasaannya peta cadangan juga dirujuk sebagai zoning yang merupakan perancangan fizikal seperti gunatanah, alam sekitar, infrastruktur dan utiliti, lanskap, lalulintas dan lain-lain sektor mengikut kesesuaian Pihak Berkuasa Perancang Tempatan berkenaan. Penyediaan Rancangan Tempatan adalah mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Rancangan Tempatan akan menjadi dokumen perancangan di peringkat tempatan dan sebagai panduan untuk memastikan pembangunan pada masa hadapan dirancang secara holistik dengan melihat kesesuaian gunatanah dengan kawasan sekitar. Rancangan Tempatan akan meliputi pelan gunatanah semasa dan pelan gunatanah cadangan pada tahun unjuran yang ditetapkan, ianya juga disokong oleh kelas kegunaan tanah mengikut blok-blok perancangan yang

     

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, panduan dan pertimbangan dalam penyediaan pelan gunatanah Rancangan Tempatan akan mengambilkira beberapa perkara seperti keperluan setiap sektor gunatanah berdasarkan analisis tahun unjuran seiring dengan peningkatan tampungan penduduk, penyelarasan dengan Dasar-dasar di peringkat Negeri dan dasar-dasar di peringkat Persekutuan yang berkaitan, kawasan-kawasan galakkan pembangunan seperti koridor pelancongan atau kawasan pemeliharaan semulajadi, projek-projek infrastruktur utama yang berkepentingan awam, projek-projek komited semasa dan lain-lain pertimbangan mengikut kesesuaian Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan. Bagi memastikan penyediaan Rancangan Tempatan memenuhi keperluan semasa juga, sessi dialog atau focus group discussion dengan izin perlu dipenuhi bersama pihak awam dan pihak-pihak berkepentingan sebagai menggalak penyertaan dan penglibatan awam selaras dengan keperluan Akta 172.

  2. Apakah kategori zon dalam sesuatu Rancangan Tempatan?

    Secara umumnya, terdapat beberapa kategori gunatanah utama yang telah ditetapkan seperti perumahan, perniagaan dan perkhidmatan, industri, kemudahan awam, institusi, pertanian, hutan, infrastruktur dan utiliti, badan air dan jalan di dalam sesebuah kajian Rancangan Tempatan yang disediakan. Ketetapan bagi kategori gunatanah utama ini akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan bergantung kepada kesesuaian hasil daripada kajian yang dijalankan.

  3. Berapakah kos yang terlibat dalam membangunkan sesuatu Rancangan Tempatan?

    Penyediaan Rancangan Tempatan adalah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan, selaras dengan Akta 172. Kos yang terlibat bagi penyediaan sesebuah Rancangan Tempatan adalah melibatkan kos perunding dan kos pengurusan. Kos penyediaan Rancangan Tempatan ini adalah ditanggung oleh PBT berkenaan yang dipohon melalui bajet tahunan PBT sekiranya terdapat keperluan untuk mengadakan penggantian atau pengubahan. Namun demikian, terdapat beberapa PBT bertaraf Majlis Daerah yang tidak mempunyai peruntukkan yang mencukupi, pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor telah menanggung kos perunding berkenaan di bawah bajet Pembangunan P16 yang dipohon sekiranya terdapat keperluan mengikut bajet RMK setiap lima tahun

    Bagi RMK10, dua buah PBT iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam telah diberi peruntukkan ini dengan penyediaan Rancangan Tempatan penggantian melibatkan dua Rancangan Tempatan. Kos dan sektor kajian yang terlibat adalah seperti berikut:

    Bil Kajian Sektor Kajian Kos perunding
    1. Rancangan Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor 2025 a. Perspektif Makro dan Pembangunan Kawasan Sempadan RM 715,770.30
        b. Asas Sosio Ekonomi

    i.        Penduduk dan Gunatenaga

    ii.      Asas dan prospek ekonomi

    iii.    Perihal hartanah/status potensi

     
        c. Perancangan Fizikal

    i.        Gunatanah fizikal

    ii.      Perumahan, Petempatan Desa dan Pembangunan Rizab Melayu

    iii.    Pertanian,         Perhutanan                            dan Perlombongan

    iv.     Perindustrian,    Perdagangan                              dan Pelancongan

     

     

        v.    Institusi           dan                         Kemudahan Masyarakat

    vi.   Landskap dan Rekreasi

     
        d.  Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber Semula Jadi

     

    e.  Infrastruktur dan Utiliti

    i.        Perhubungan dan Pengangkutan

    ii.      Perparitan dan saliran

    iii.    Pelupusan Sisa Pepejal

    iv.     Utiliti

     

    f.   Sektor Sokongan

    i.        Sustainability Assessment (SA)

    ii.      Sistem   Maklumat   Eksekutif   (EIS) Pengurusan dan Perlaksanaan

     
    2. Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam 2025 a.              Perspektif Makro dan Pembangunan Kawasan Sempadan

     

    b.              Asas Sosio Ekonomi

    i.        Penduduk dan Gunatenaga

    ii.      Asas dan prospek ekonomi

    iii.    Perihal hartanah/status potensi

     

    c.               Perancangan Fizikal

    i.        Gunatanah fizikal

    ii.      Perumahan, Petempatan Desa dan Pembangunan Rizab Melayu

    iii.    Pertanian,        Penternakan                           dan Perikanan

    iv.     Perindustrian,    Perdagangan                              dan Pelancongan

    v.       Landskap,            Rekreasi                               dan Rekabentuk Bandar

    vi.     Institusi           dan                         Kemudahan Masyarakat

    RM 680,037.70

     

    Bil Kajian Sektor Kajian Kos perunding
        d.  Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber Semula Jadi

    i.        Perancangan Kawasan Persisiran Pantai

    ii.      Kualiti Alam Sekitar

    iii.    Kawasan    Sensitif    Alam                     Sekitar (KSAS)

    iv.    Kawasan Tadahan Air

    v.      Pengurusan Hutan

     

    e.  Infrastruktur dan Utiliti

    i.        Perhubungan dan Pengangkutan

    ii.      Perparitan dan saliran

    iii.    Pelupusan Sisa Pepejal

    iv.     Utiliti

     

    f.  Sektor Sokongan

    i.        Sustainability Assessment (SA)

    ii.      Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

    iii.    Pengurusan dan Perlaksanaan

     

    Pelantikan perunding ini melibatkan kepakaran dari pelbagai profesion seperti perancang bandar, pereka bentuk bandar, arkitek landskap, jurutera dan pakar ekonomi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.