Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

54) PILIHANRAYA PBT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status akhir kajian tersebut dan apakah kerajaan negeri bersedia melaksanakan pilihan raya peringkat PBT?

    1. Kajian tersebut telah pun selesai dilaksanakan. Kerajaan Negeri telah pun menghantar surat kepada SPR pada 15 Mac 2010 meminta secara rasmi untuk SPR menjalankan kajian dan penyelidikan bagi memastikan sama ada pilihan raya kerajaan  tempatan untuk pemilihan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor boleh dilaksanakan atau pun tidak. Pihak SPR telah pun menjawab surat ini melalui satu kenyataan akhbar bertarikh 24 Mac Keputusan pihak SPR adalah seperti berikut

    :

     

    1. SPR mempunyai kuasa untuk menjalankan pilihan raya kerajaan tempatan tertakluk ia diberi kuasa oleh undang-undang persekutuan atau negeri menurut Fasal (4) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan;

     

    1. Akta 473 memberi SPR kuasa untuk menjalankan pilihan raya  kerajaan tempatan. Walau bagaimanapun, SPR tidak dapat menguatkuasakan Akta 473 keran subseksyen 15(1) Akta 171 yang memperuntukkan bahawa semua peruntukkan berhubung dengan pilihan raya kerajaan tempatan dalam Akta 473 telah dimansuhkan dan terhenti kuat kuasanya atau terhenti mempunyai kesan;

     

    • Berikutan dengan kuat kuasanya subseksyen 15(1) dan pemakaian seksyen 10 Akta 171, adalah jelas bahawa SPR tidak boleh menjalankan pilihan raya bagi memilih Anggota Majlis sesuatu pihak berkuasa tempatan kerana keanggotaan mereka hendaklah dibuat secara lantikan (by appointment);

     

    1. Walaupun pilihan raya kerajaan tempatan berada di bawah bidang kuasa Negeri, namun berdasarkan Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan, perubahan dasar berhubung dengan apa-apa cadangan untuk mengadakan semula pilihan raya kerajaan tempatan hendaklah diputuskan terlebih dahulu oleh Majlis Negara  bagi Kerajaan Tempatan (National Council for Local Government);

     

     

     

     

    1. Jika Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (National Council for Local Government) memutuskan bahawa Anggota Majlis sesuatu pihak berkuasa tempatan hendaklah dibuat melalui suatu pilihan raya, maka cadangan ini boleh dilaksanakan dengan cara berikut:

     

    • Seksyen 10 dan 15 Akta 171 perlu dipinda dan dikaji semula apa-apa peruntukkan sedia ada yang lain berkaitan dengan pelantikan Anggota Majlis;

     

    • Semua cadangan pindaan kepada Akta 171 hendaklah diterima pakai oleh semua Negeri supaya wujud keseragaman dalam pemakaian undang-undang itu; dan

     

    • Peraturan-peraturan bagi menjalankan pilihan raya kerajaan tempatan hendaklah diadakan.

     

    1. Sehinggalah segala tindakan diambil berdasarkan cadangan yang dinyatakan di sebelum ini, SPR tidak boleh menguatkuasakan Akta 473 untuk menjalankan pilihan raya kerajaan tempatan bagi Negeri

     

    • Seterusnya, pihak SPR tidak boleh menjalankan kajian dan penyelidikan untuk Kerajaan Negeri Selangor kerana bertentangan dengan fungsi dan kuasa SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya 1958. Walau bagaimanapun berdasarkan kepada peruntukkan sedia ada sehingga ini, keputusan pihak Kerajaan Negeri untuk menjalankan pilihan raya kerajaan tempatan di bawah Akta 473 tidak boleh dilaksanakan kerana semua  peruntukkan berhubung dengan pilihan raya kerajaan tempatan  telah dimansuhkan dan terhenti berkuat kuasa atau terhenti mempunyai kesan atas pemakaian seksyen 15 Akta 171. Pihak Kerajaan Negeri juga adalah tertakluk kepada seksyen 10 Akta 171 yang menyatakan bahawa pelantikan  Anggota  Majlis Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat secara lantikan (by appointment).

     

    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan meneliti perkara ini semula demi mencari pendekatan terbaik dengan kemungkinan alternatif yang tidak mewujudkan berlakunya percanggahan undang-undang.

  2. Apakah kerajaan negeri setuju dengan kenyataan bahawa pilihan raya itu akan mengurangkan fokus kerja PBT sebaliknya sibuk berpolitik (politicking)?

    1. Sekiranya dilihat pendekatan pilihan raya ini, ia merupakan nadi demokrasi kepada Negara. Olah yang demikian, sekiranya kenyataan bahawa pilihan raya itu akan mengurangkan fokus kerja PBT sebaliknya sibuk berpolitik (politiking) nampaknya tidak tepat kerana selama ini pilihan raya telah dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan terbukti kakitangan perkhidmatan awam tidak mengurangkan fokus kerja mereka kerana sibuk berpolitik semasa musim pilihan

     

    Pilihan raya hanya melibatkan peringkat pembuat dasar atau lebih dikenali sebagai legislatif di PBT, kakitangan lain di PBT hanya terlibat sebagai pelaksana sahaja atau lebih dikenali sebagai eksekutif dan mereka tidak terlibat langsung dengan berpolitik. Maka, pada hemat saya pilihan raya kerajaan tempatan sama sekali tidak akan mengurangkan fokus kerja di PBT.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.