Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
96) PILIHANRAYA PBT
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Pilihan Raya Kerajaan Tempatan masih relevan?
Pilihan Raya Kerajaan Tempatan merupakan satu bentuk demokrasi di peringkat Tempatan dan Kerajaan Negeri berpandangan masih relevan.
-
Bagaimanakah Pilihan Raya Kerajaan Tempatan mahu dilaksanakan di Selangor?
Pilihan Raya Kerajaan Tempatan akan dilaksanakan dengan menggubal satu Rang Undang-Undang Enakmen Pemilihan Ahli Majlis Tempatan. Melalui Rang Undang-Undang tersebut Kerajaan Negeri akan dapat melantik Ahli Majlis yang dipilih melalui proses pilihan raya.
-
Apakah proses perundangan yang perlu dilakukan?
Proses perundangan yang perlu dilakukan adalah dengan membentangkan terlebih dahulu Rang Undang-Undang Enakmen Pemilihan Ahli Majlis Tempatan di dalam Dewan Undangan Negeri .